Pages

Friday, November 14, 2014

Mazhab di dalam GYM

Mazhab di dalam gym ada banyak. Antaranya air sejuk ataupun air panas. Weight berat ataupun ringan. Mesin ataupun free weight. Partial part ataupun compound exercise. Pakai belt ataupun tidak. Sejam ataupun 3 jam. Treadmill incline ataupun flatline. Masing-Masing ada hujahnya.

Lain badan, lain caranya. Semua ini hanyalah perspektif ataupun ilmu yang ada pada diri masing-masing. Tak perlu tiru rutin orang kalau ianya tak sesuai dengan badan kita. Kalau rasa tak sedap hati, carilah ilmu dan dengar banyak pendapat di internet.

Bro, kalau orang ada tegur kita, terima dengan baik. Kalau ia bertentangan dengan perspektif kita, reply dengan niat untuk berkongsi. Jangan diamkan sahaja.... ilmu ini elok di-share.

Friday, October 17, 2014

Melukis haram?

Ya, ada hadis nabi dan aku beriman sepenuhnya dengan hadis itu.

Kenapa aku terus melukis? Sebab aku tahu dan yakin huraian ulama berkenaan hadis itu dan jenis lukisan yang aku hasilkan tidak termasuk dalam hadis itu.

Kepada yang gusar, carilah jawapan dari yang pakar-pakar. Ingat! Hukum bagi pelukis adalah neraka. Ancaman dosa besar tu. Bukan aku ataupun ustaz cakap, nabi dan Tuhan yang beritahu.

Adakah kita masih boleh melihat view ini di alam kubur?

Ini pemandangan di luar tingkap rumah aku. Adakah aku masih boleh melihat kebesaran Allah seperti ini di alam kubur nanti?

Lebih indah ataupun mimpi ngeri?

Monday, September 29, 2014

Bilik Sewa Pertama 2009


Bilik sewa pertama saya. Hidup di rumah kedai ini mengenalkan saya erti kesusahan.

First time duduk seorang, tak pandai bajet keewangan lagi. Ikat perut pada minggu terakhir setiap bulan dah macam hal biasa. Terpaksa apply cuti emergency sebab tak cukup duit nak isi minyak kereta pergi kerja.

Satu rumah dengan penjual senjata api. Hobi brother itu suka tengok orang buang sampah dari atas beranda. Badan bulky. Rambut macam Brock Lesnar.

Taik kucing yang busuk di tangga hampir setiap hari. Selalunya lampu takda. Kena hati-hati naik tangga takut terpijak taik kucing.

Air pun kecik dan kadang-kadang tidak ada. Kalau ada air, rakan serumah basuh baju berjam-jam.

Bangun 2-3 pagi. turun bawah semata-mata nak makan berger.

Malam-malam ada free show KL Drift kat depan rumah.

Di rumah ini, aku berjaya menghasilkan 2 buku dan lukis komik untuk surat khabar.

Wednesday, August 13, 2014

Melawan sihir

Suatu masa dahulu saya pernah disihir sehingga hampir mencabut nyawa saya. Alhamdulillah, saya bersyukur... disebabkan sihir itu, saya ditunjukkan jalan supaya memperbaiki amalan saya.

Gangguan yang diterima bukan sekadar sakit dan mimpi sahaja. Malahan boleh nampak, mendengar dan bergaduh secara fizikal dengan mereka. Lebih parah, ia menganggu sistem ingatan saya. Sering lupa rakaat dalam solat dan lupa cara tertib berwudhuk. Pernah beberapa kali saya mendengar ceramah ataupun berbual dengan rakan, saya mendengar suara lain yang berbicara. 'Mereka' kontrol otak dan kawalan saraf saya. Kadang-Kadang saya buat apa yang saya sendiri tak tahu apa yang saya buat.

Kalau dibiarkan, samada saya mati ataupun jadi gila.

Alhamdulillah... tuhan sengaja buka hijab itu seketika untuk mendidik saya supaya lebih bergantung kepadaNya. Kini, hijab itu sudah tiada lagi.

Saya diberi petunjuk mengamalkan beberapa surah standard yang biasa digunakan bagi melawan sihir. Ada suara yang berpesan...

"Amalkan surah dan ayat-ayat ini dengan penuh makna tetapi wajib diingat, bukan ayat ini yang menyembuhkan kamu.... Allah yang menyembuhkan kamu. Kalau kamu anggap ayat ini yang menyembuhkan kamu dan hanya mengamalkannya untuk menghalau jin dan syaitan... maka ditakuti kamu bergantung pada ayat, bukan pada Allah."

Saya juga diajar berzikir di dalam hati sepanjang masa. Ia umpama, kita mengisi hati kita dengan kalimah... Lailahaillallah  sepanjang masa samada secara sedar ataupun tidur. Masya-Allah... ini adalah hadiah paling besar bagi orang yang disihir seperti saya. Kalau saya tidak disihir... saya mungkin tidak tahu adanya amalan mulia seperti ini.


Rumusannya di sini. Bergantunglah pada Allah dan selalulah bermanja dengan Allah. Moga dengan memahat kalimah-kalimah Allah dalam jiwa kita... Allah akan melindung kita daripada perbuatan maksiat. Masya-Allah, apa lagi yang lebih bagus untuk hati kita melainkan memahat kalimah Allah dan zikir yang disukai Allah ke dalam hati kita?


Tuesday, August 5, 2014

Cuba selawat sambil menangis ataupun tersenyum

Setiap kali selawat, pilihlah samada mahu mengenang kenangan manis nabi Muhammad ataupun susah payah perjuangan nabi Muhammad. Banyak sejarah suka duka nabi Muhammad. Pilihlah mahu kenang yang mana satu. Selagi kenangan itu membangkitkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad. Yang pastinya, kenang detik itu sambil hati dan lidah berselawat.

Sekiranya kita mengenang nasihat-nasihat dan berita baik nabi Muhammad, secara spontan mulut kita akan tersenyum lebar... lebar selebar-lebarnya. Suara selawat kita akan menjadi semakin kuat dan sedikit berirama....Kalau dibiarkan, mungkin air mata sejuk akan mengalir di muka kita. Ketika itu, perasaan bahagia pada hati kita akan melampaui segala rasa bahagia kita pernah rasa di dunia ini. Percayalah, aku pernah gembira kerana kahwin dan dapat anak pertama... tetapi bahagia itu tidak boleh melawan rasa bahagia yang ini.

Sekiranya kita mengenang susah payah perjuangan Nabi Muhammad, secara spontan kepala kita akan mengeleng-geleng. Ada suatu ketika, kepala akan tunduk ke bawah tanpa dikawal. Suara akan tersekat-sekat. Jika dibiarkan... air mata panas akan mengalir di pipi. Ketika itu.. kita akan menghargai usaha Nabi Muhammad sepenuhnya. Percayalah, apabila kita mengenangkan hal ini... segala masalah yang kita hadapi menjadi kecil dan akan semakin bersyukur kerana mempunyai nabi sehebat Nabi Muhammad.

Ultimate untuk ini... selawat sambil mengenang ataupun berfantasi  kita berjuang bersama baginda Nabi Muhammad. Tidak kiralah samada berperang bersama ataupun mendengar kuliah baginda. Ketika itu seolah-olah kita akan rindukan kematian dan mahu berjumpa baginda saat itu juga. Bukan mengharapkan kematian sebab tidak tahan ujian dunia.. tetapi mengharapkan kematian kerana rindukan nabi Muhammad.

Sampai satu tahap... kita mampu bertemu Rasullullah di alam mimpi. Masya-Allah... itulah nikmat dunia paling membahagiakan. 

Untuk capai semua ini... banyakkan membaca ataupun mendengar sejarah Nabi Muhammad. Sebelum itu, amalkanlah zikir memuji tuhan supaya hati kita lebih mudah untuk mengenang kekasih Allah ini.

Moga bermanfaat.

Wednesday, July 30, 2014

Sembah duit ataupun Tuhan?

Ramai yang canang di facebook meraka solat sunat Dhuha kerana mahu murah rezeki. Bagus, minta rezeki pada Tuhan, dan Tuhan amat sukakan orang yang meminta kepada-Nya. Namun, menghebahkan amalan kebaikan dibimbangi akan mencacatkan pahala amalan kita. Lebih malang kalau ada perasaan ujub.

Namun, sekiranya ia diniatkan untuk memanjangkan berita baik dari Tuhan. Ia satu perkara yang amat mulia.

Perkara lain lebih penting, solatlah kerana kita sayang pada Tuhan. Rindu mahu menyembah Tuhan. Tuhan sukakan orang yang solat sunat Dhuha kerana waktu pagi adalah waktu manusia sudah mula sibuk dengan urusan dunia. Sekiranya kita boleh luangkan masa menyembah Tuhan pada waktu itu, pastilah Tuhan akan sayangkan kita. Itu adalah ibadah yang dicintai Tuhan dan para rasul.

Tidak salah solat Dhuha kerana mahu murah rezeki. Itu adalah salah satu cara untuk ikhlas dalam beribadah. Beribadah kerana mahukan balasan yang dijanjikan Tuhan, ataupun takut dengan ancaman Tuhan, ataupun mahu mendapat rahmat Tuhan, itu adalah salah satu cabang ikhlas dalam beribadah. As long kita bukan sembahyang supaya mahu dilihat ataupun dipuji orang.








Thursday, April 17, 2014

Funny Man





Ini adalah respond pemain indutsri mengenai Funny Man. Ia projek siri animasi yang sedang saya jalankan. Akan ada banyak lagi siri animasi Funny Man pada tahun 2014. Kepada yang masih belum menonton episod pertamanya, boleh tonton di sini...



 

Friday, January 31, 2014

Mimpi Bertemu Arwah Ahmad Zafran @ Panaharjuna

Selesai aku solat malam, badan aku terasa sakit. Sakitnya sehingga tidak mampu berzikir dan selawat dalam keadaan duduk seperti biasa. Maka aku buat keputusan berselawat sambil baring.

Lalu aku tertidur.

Dalam tidur inilah aku bermimpi berjumpa Arwah Ahmad Zafran, sahabat karibku. Ketika hidupnya, arwah seorang yang ceria dan suka berkongsi ilmu. Namun arwah meninggal pada usia 33 tahun. Sejak arwah meninggal pada tahun 2008, inilah kali pertama aku berpeluang bermimpi berjumpa arwah.

Ketika awal kematian arwah, aku sering berdoa untuk bertemu arwah dalam mimpi kerana perasaan rindu yang amat sangat. Tuhan tunaikan doa aku 5 tahun kemudian. Inilah kali pertama aku mimpi bertemu arwah.

Dalam mimpi itu, arwah kelihatan sangat tenang dengan pakaian hijau. Tak banyak cakap, tetapi banyak senyum.

Aku masih ingat setiap perbualan kami dan aku boleh kawal percakapan aku seperti berada di dunia realiti. Seolah-olah aku berjumpa arwah secara real. Berikut adalah perbualan aku dengan arwah.

Aku:  Eh, kau hidup balik? ( Ketika ini aku konpius jumpa Arwah di depan mata )

Arwah: ( Tersenyum. Kelihatan jelas arwah memakai baju hijau )

Aku: Kau boleh jawab soalan Munkar Nankir?

Arwah: ( Tersenyum )

Aku: Macam mana rupa Malaikat? Badan diorang besar macam Big Show tak?

Arwah: ( Tersenyum )

Ketika itu aku dapat agak dia rasa bahagia di alam barzakh. Kemudian hati aku sebak. Aku terfikir satu soalan yang paling aku nak tahu ketika itu. Air mata aku mengalir dan suara aku tersekat-sekat menahan sebak. Soalan aku...

Aku: Eh, kau ada jumpa Nabi Muhammad tak?

Arwah tersenyum dan kemudian arwah berkata kepada aku. Bukan menjawab pertanyaan aku, sebaliknya menceritakan keadaan arwah di sana.

Arwah: Tempat aku macam makmal ataupun kelas yang amat luas... putih sahaja. Aku duduk dua orang di situ.

Itu sahaja jawapan daripada arwah. Aku tak sempat bertanya siapa yang duduk dengan dia.

Selesai mimpi, aku terus bangun solat Subuh dan call emak arwah. Emaknya ada bermimpi arwah yang kelihatan tenang di sana.

arwah meninggal ketika usianya 33 tahun, kebetulan itulah umur lelaki ahli syurga. Menurut emaknya, pada tahun akhir arwah hidup, dia pernah berkata kepada anak buah kesayangannya. "Kalau pakcik mati, pakcik masuk syurga, 33 tahun umur ahli syurga."

Wallahualam. Pada aku, ini adalah berita gembira buat aku dan sahabat yang mengenali arwah. Aku yakin arwah bahagia di sana.