Pages

Friday, September 16, 2016

Perginya Ulamak Lejen

Hari ini kita dikejutkan dengan perginya Ulamak lejen, Harun Din. Saya tiada pengalaman peribadi dengan arwah tetapi berminat nak share tulisan kenalan saya berkenaan ulamak lejen ini.

Saya sertakan teks yang ditulis oleh kenalan saya. Kenalan saya ini pernah bekerja satu opis dengan saya. Dia bos dan saya kuli. Kini, kami dah tak bekerja di tempat yang sama dan buat haluan masing-masing. Dia dah jadi pensyarah dan pendakwah bebas. Walaupun sibuk, beliau sempat juga berguru dengan Allahyarham Harun Din.

Berikut adalah tulisan beliau berkenaan mulianya Allahyarham Harun Din. Tulisan ini berasal dari group whatsapp kami.

Sepanjang setahun mengikuti kuliah di darusyifa beberapa kali juga almarhum tidak mengajar kerana uzur. Kami anak2 murid dok berdoa agar Allah panjangkan usia agar dapat ijazah dgn beliau. Alhamdulillah Allah maqbulkan doa kami. Kumpulan 27. Kumpulan terakhir. Belum puas meneguk ilmu dari beliau.

Ketekunan TGHD dlm dakwah memang hebat hingga saat uzur. Selagi TGHD  boleh bangun beliau akan turun mengajar, merawat (setiap selasa, 100 pesakit) pergi ceramah dan memenuhi apa jua jemputan. Serata negara, tanpa meninggalkan kuliah darusyifa setiap Isnin, kecuali jika TGHD di luar negara. Tiada erti rehat, walaupun baru keluar IJN. Tiada doktor yg dapat menahan TG.  Bila kami tanya kenapa TG tidak slow down memdangkan sakit dia semakin berat, TG kata, "Apabila Allah beri saya sakit, maknanya usia yg ada ini adalah bonus, masa tambahan. Jadi saya perlu gunakannya sepenuhnya utk jalan Allah. Rehat kita nanti diakhirat".. lebih kurang begitulah kata beliau.

TGHD tidak menyimpan dendam walau dihina oleh Tun Mahathir, atau mana2 politician. Beliau tetap memenuhi jemputan Tun nak jumpa beliau, etc.

Beliau juga tidak benarkan ahli2 darusyifa membenci DR Maza yg keluarkan fatwa amalan selawat syifa yg diamalkan beliau itu sesat. ramai pengikut MAZA kemudian  kata TGHD sesat. TGHD adalah ahli majlis fatwa Perlis. Tetapi ketika dalam mesyuarat MAZA x kata apa. Bila TGHD x ada baru Maza keluarkan keputusan fatwa. TGHD jumpa MAZA dan tunjukkan berdozen hujah dan penjelasan, termasuk satu tulisan mufti saudi Bin Baz yg dimulakan dgn selawat syifa. Namun DrMaza hanya berdiam.😞 TGHD pesan, tak pe lah. Kita boleh berlapang dada dengan fikrah mereka, tetapi mereka susah nak berlapang dada dengan kita. Tidak perlu bermusuh atau bersusah hati dgn mereka.

Betul kata Puan______ ( nama di-censored ) , bila berpeluang berdepan dengan TGHD, kita akan terasa keramahan beliau yg menusuk qalbu, senyumnya yang cukup indah dan menyejukkan. Walau ada ramai yg dtg merawat, beliau tetap tersenyum dan melayan. Wallahu alam.

Tuesday, September 6, 2016

Shortcut untuk menjadi pelukis digita yang berjaya

Ramai kata takda shortcut untuk berjaya... tetapi untuk menjadi pelukis digital yang pantas.... shortcut key is a must!

Monday, September 5, 2016

Gajah pun kena puasa untuk lawan nafsu



Sewaktu saya ke stesen minyak Bukit Antarabangsa, saya berbual dengan seorang pakcik, bekas pekerja Zoo Negara. Sewaktu bekerja di Zoo Negara, pakcik itu bertugas sebagai penjaga gajah.

Saya: Wah! Hebat betul pakcik jaga gajah. Tak takutkah kalau tiba-tiba gajah naik minyak?

Pakcik: ooo itu ada tricknya. Biasanya dia naik minyak sebab nak mengawan, tetapi dia tak dapat mengawan. Biasanya boleh detect pada mata dan telinga dia. Kalau nampak berair sikit... haaa, masa tu kita kena jaga-jaga.

Saya: Pakcik buat apa kalau nampak tanda tu?

Pakcik: Kita jangan bagi dia makan, mandikan dia dan rantai dia. Settle.

"Pap!" Saya terus teringat tentang sabda nabi berkaitan berpuasa untuk menundukkan nafsu. Gajah yang besar pun kena puasa untuk redakan nafsu. Apatah lagi manusia yang kecik ni.

Hati yang berbolak-balik


Pengajaran besar dari peristiwa 'U-turn' 
Banyak betul petristiwa u-turn minggu ni.
1. Tun Mahathir kembali berbaik dengan Anwar.
2. Ex-pondan yang dah jadi lelaki kembali jadi pondan semula.
3. Artis bertudung kembali taknak pakai tudung
Ada ulamak, yang hujungnya mati sesat. Ada pula pembunuh hujungnya mati baik.
Sebab itulah dalam setiap doa, kita perlu minta husnul khatimah.. hujung hidup kita dalam iman.


Hati yang berbolak-balik


Pengajaran besar dari peristiwa 'U-turn' Tun Mahathir, tudung dan pondan. Selagi tak mati, selagi itu hati kita boleh berbolak-balik.
Ada ulamak, yang hujungnya mati sesat. Ada pula pembunuh hujungnya mati baik.
Sebab itulah dalam setiap doa, kita perlu minta husnul khatimah.. hujung hidup kita dalam iman.


Friday, April 22, 2016

Zat Allah

Berkata Imam Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan mencari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Friday, March 11, 2016

Lengan pendek vs lengan panjang

Baru-Baru ini ramai betul yang menghina dan mengeji jubah lengan pendek. Padahal mereka lupa....

Jubah lengan pendek lebih selamat daripada khilaf berbanding jubah lengan panjang tetapi lengannya dilipat ketika solat.

Wednesday, February 10, 2016

Hidayah datang dan pergi

Hidayah datang dan pergi...
Artis berubah jadi pendakwah
Pendakwah berubah jadi artis.

Monday, February 8, 2016

Guli vs Azan

Apabila ada bunyi guli, kecoh satu banggunan, takut hantu.

Apabila suara azan, semua duduk diam, macam tak takut dengan Tuhan.

Huuu

Jauhi sifat ujub dan sombong kalau taknak masuk neraka

Dugaan ulamak, ahli ibadah dan orang berjaya... penyakit sombong, ujub, sentiasa fikir dirinya lebih baik daripada orang lain.

Yang berjaya tu termasuklah ahli perniagaan, ahlil bina badan, pelukis, penulis, tukang masak, dan lain-lain....

Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti rahmat Allah. Sedang seseorang yang merasa ‘ujub, maka ia menanti murka Allah.

[ EDIT ] Rupa-Rupanya, makna orang sombong tak dapat masuk syurga adalah orang yang sombong dengan Allah. Sombong nak ikut perintah Allah, sombong untuk bertaubat, sombong nak menuntut ilmu....

wallahualam

Mustajab Doa di Hari Jumaat ( Kisah Benar )

Hati2 berdoa dalam hati.

Sewaktu ustaz masjid saya mengutuk maza ketika tazkirah Jumaat. Ustaz tu ada sebut pasal sapu muka selepas solat. Ustaz tu kata, "apa salahnya ikut sunnah sapu muka, walaupun ia bukan rukun solat."

Dalam hati saya, ada menyimpan cita2, "yalah, zaman nabi sembahyang atas tanah, sebab tu nabi sapu muka. Untungnya, aku pun nak try sembahyang atas tanah la."

Tak lama selepas tu, ada peristiwa kaca pecah di dalam masjid. Saya pun tolong alihkan kaca itu ke luar. Nak dijadikan cerita, kaki saya terluka kena cermin dan darah keluar tak henti2.

Risau mengotorkan masjid, saya terpaksa berpindah dari kawasan berkarpet dan ber-aircond kepada kawasan tanah tanpa bumbung.

Akhirnya solat jumaat di luar bersama jemaah lain. Semua jemaah ada sejadah, saya pula atas tanah.

Tuhan bagi cash. Huuuu

Friday, January 15, 2016

Tips untuk rasa tenang di padang Masyar



Baru mendengar kuliah Ustaz Badlishah dari Apps TV Al-Hijrah dan terjumpa sesuatu yang menarik. Aku abadikan di blog ini sebagai bookmark untuk diri sendiri dan sesiapa yang berminat.

Ramai sedia maklum, keadaan hiruk pikuk di padang masyar. Dalam keadaannya yang penuh kesulitan dan kerisauan, hanya sebilangan sahaja yang berbahagia ketika itu. Walaupun kita Islam, belum tentu kita akan tenang di sana melainkan dengan bekalan amal yang banyak.

Biasa mendengar, perbanyakkan bersedekah, belanja orang makan, solat malam dan sebagainya. Semua itu antara amalan yang diharapkan dapat membantu kita di sana nanti.

Kalau nak dapat amalan backup yang menjamin kesenangan kita di padang masyar, Nabi Muhammad S.A.W ada bagi tips khusus pasal ini. Ia sangat mudah dan ringan untuk diamalkan.

Pada petikan video di atas, Ustaz Badlishah ada kongsikan satu hadis yang membahagiakan kita semua.

Hadis itu berbunyi:


Dalam sebuah hadits, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


من سره أن ينظر إلى يوم القيامة كأنه رأي عين فليقرأ {إذا الشمس كورت} و {إذا السماء انفطرت} و {إذا السماء انشقت}

“Barangsiapa yang berharap, dia gembira ketika melihat peristiwa hari kiamat, hendaklah dia sering membaca surat “إذا الشمس كورت (At Takwir, ayat 1), “إذا السماء انفطرت” (Al Infithar, ayat 1), dan “إذا السماء انشقت” (Al Insyiqaq, ayat 1).” [HR At Tirmidzi (3333) dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu. Hadits shahih.] -


Maksud ayat ini adalah:


إذا الشمس كورت
Apabila matahari digulungkan ( dihancurkan) ,

إذا السماء انفطرت

Apabila langit terbelah,

إذا السماء انشقت
Apabila langit terbelah


Makna ayat kedua dan ketiga sama. Rujuk pada video dan tafsiran di sini. Kalau saya tersalah, mohon perbetulkan di bahagian komen

Maaf, tak dapat bagi ayat yang ada baris sebab tak reti nak edit letak baris pada komputer. Bacaan sebutan yang betul boleh rujuk video di atas.

Harus diingat. Ini adalah ayat Quran. Mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada nabi Muhammad. Bacaan yang ikhlas dan kusyuk akan membawa kesan pada diri si-pengamal ( Insya-Allah). Dengan amalan seperti ini, ia akan mempengaruhi tindak tanduk kita menuju pada maksud yang diharapkan. Semua ini atas kuasa Allah.


Moga bermanfaat

Wednesday, January 13, 2016

Kita tidak dihukum on the spot pada kesalahan pertama


Beberapa minit lalu, kaki aku hampir tercedera akibat tali kasut terlilit pada paddle basikal di gym. Ini pertama kali aku mengalami insiden seperti ini, tetapi bukan kali pertama aku membahayakan diri.



Punca insiden ini adalah kerana membiarkan tali kasut dibiarkan memanjang dan tidak diikat kemas. Aku leka membiarkan hal ini berlaku begitu lama sehingga menjadi tabiat dan hari ini aku menerima padahnya. Mujur aku tidak tercedera.

Benarlah bagai dikata... kita tidak akan dihukum on the spot pada kesalahan pertama. Macam kes ini, walaupun aku dah lama abaikan keselamatan, baru hari ini aku dihukum.

Begitu juga dengan dosa kita. Kita mungkin tidak dihukum on the spot pada maksiat pertama kita, tetapi kita mungkin akan dihukum on the spot pada maksiat yang ke-2 kali ataupun yang ke-100 kali.

Seperti dialog klise drama Melayu, setiap kali samseng kampung yang dah biasa buat onar menyebut, "Ini last time kita mencuri, selepas ini kita bertaubat." time itulah mereka akan kantoi dan ditangkap penduduk kampung. Mereka bukan ditangkap sebab first time buat jahat, tetapi dah terlampau banyak buat jahat.

Peringatan untuk diri kita yang dah biasa buat maksiat tetapi sampai sekarang masih tak kantoi. Amalan manusia ibarat menyorok emas di padang pasir. Tanam macam mana sekalipun, lambat laun akan terdedah jua...
Wallahualam

Lewat

Pagi tadi, terlewat hantar anak ke nursery 3 minit sebab singgah isi minyak kereta.

Cikgu-Cikgu di nursery pelik kenapa kami lambat hari ini, walhal kami hanya lewat 3 minit. Lewat 3 minit punya pasal, effect banyak benda, hati tak tenang, terkejar-kejar, jalan raya makin sesak, walhal hanya lewat 3 minit dan masih dalam kategori awal.

"Zuup" aku terus teringat, apa pula kata penduduk langit kalau kita solat lewat. Kalau urusan sesama makhluk pun manusia dah bertanya, apatah lagi urusan dengan Tuhan? Kita semua sedia tahu... Tuhan amat super detail pada amalan kita. Walaupun sekecil zarah... ia tetap akan dinilai.

Bayangkan suatu hari kita lewatkan solat, agak-agaknya apa penduduk langit cakap pasal kita?

Wednesday, January 6, 2016

Hikmah dalam pertuturan

Benarlah... kadang2 Tuhan hadirkan seseorang untuk bagi peringatan ataupun khabar gembira kepada kita.

Semalam ada jemaah cakap benda simple je dah buat aku hampir menangis gembira. Mungkin orang itu diberi hikmah oleh Allah dalam pertuturan. Ye la, selalunya, orang yang tahap imannya dah tinggi, dia cakap benda simple je hati kita mudah tersentuh. Jemaah itu jarang ke surau, mungkin sebab clash dengan kerja. tetapi dari segi perwatakan... dia memang ada kualiti yang membuatkan dirinya disenangi ramai. Susah nak dapat aura begitu.... hanya yang terpilih dan istimewa je dapat aura begitu. Ada orang kata, banyakkan selawat ataupun amalan sunat. Wallahualam. Berbalik pada cerita semalam. Kami berdua berada dalam lif yang sama. Masing-Masing mahu balik ke rumah. Pada mulanya biasa-biasa je... tetapi, selepas dia cakap, "Nama siapa ya?" Hati aku terus bahagia melangit. Bukan sebab exited nak bagitau siapa nama aku, tetapi pertanyaan itu cukup membahagiakan.

Benarlah kata orang... "Alangkah ruginya kalau sesama muslim bertemu tetapi tidak memberi salam dan bertanya nama." Rupanya ini perasaannya. Ia buat hubungan sesama muslim makin kuat dan kasual. Ini bukanlah pertama kali orang bertegur tanya nama. Tetapi kali ini rasa bahagia sebab jemaah itu lain daripada yang lain. Aku suspek Tuhan dah bagi dia kelebihan itu... hikmah dalam pertuturan. Ada kualiti jadi pendwakwah dia tu.

Tuesday, January 5, 2016

Kartun Manual untuk Majalah Gila-Gila


Bermula Gila-Gila isu 779, insya-Allah, kartun aku akan menyelit di Majalah Gila-Gila. Seronok betul dapat peluang keemasan macam ini. Terima kasih kepada editor Gila-Gila, Azzam Supardi sebab bagi peluang ini.

Ini bukanlah kartun pertama aku di Gila-Gila, kartun pertama aku tersiar di majalah keramat itu adalah pada tahun 1998, iaitu 18 tahun lalu. Ketika itu hanya tersiar di halaman Mekar di GG, iaitu ruangan kartun pembaca dan kartunis yang baru nak 'up'.

Memandangkan aku dah terbiasa melukis secara digital, maka kartun awal aku di Majalah Gila-Gila adalah hasil digital. Tetapi, selepas ditegur rakan-rakan, mereka lebih sukakan kartun manual. Maka, dengan senang hati aku kembali melukis kartun manual khas untuk Majalah Gila-Gila bermula isu 780 dan seterusnya.









Monday, January 4, 2016

Azam tahun 2016, nak buat deadlift 200kg!

Tahun lepas, nak buat deadlift 10Kg je pun dah payah... Alhamdulillah, hasil belajar dari internet dan latihan berterusan, aku berjaya menamatkan tahun 2015 dengan deadlift 100kg. Pada mulanya takut-takut juga nak buat deadlift 100kg sebab pernah injured tulang belakang ketika membuat deadlift 60kg, 2 bulan menderita sakit tulang belakang.

Namun, semangat datang balik apabila banyak menonton video-video powerlifter di instagram dan youtube. Nenek dan atok pun mampu buat deadlift 100kg. Mana nak letak air muka kalau orang muda macam aku hanya berani angkat setakat 60Kg. Malu wehh...

Atas motivasi itu, aku berani sahut cabaran 100kg. Tahun 2016, nak kejar 200Kg pula. Tahun 2017, 300kg... kalau tahun 2020? 500KG! Itu record dunia tu. Kalah Eddie Hall, strongman deadlift paling kuat ketika ini dengan record 462Kg.

Di bawah ini adalah gambar bulan Disember 2015 ketika membuat deadlift 100KG.