Kita tidak dihukum on the spot pada kesalahan pertama


Beberapa minit lalu, kaki aku hampir tercedera akibat tali kasut terlilit pada paddle basikal di gym. Ini pertama kali aku mengalami insiden seperti ini, tetapi bukan kali pertama aku membahayakan diri.



Punca insiden ini adalah kerana membiarkan tali kasut dibiarkan memanjang dan tidak diikat kemas. Aku leka membiarkan hal ini berlaku begitu lama sehingga menjadi tabiat dan hari ini aku menerima padahnya. Mujur aku tidak tercedera.

Benarlah bagai dikata... kita tidak akan dihukum on the spot pada kesalahan pertama. Macam kes ini, walaupun aku dah lama abaikan keselamatan, baru hari ini aku dihukum.

Begitu juga dengan dosa kita. Kita mungkin tidak dihukum on the spot pada maksiat pertama kita, tetapi kita mungkin akan dihukum on the spot pada maksiat yang ke-2 kali ataupun yang ke-100 kali.

Seperti dialog klise drama Melayu, setiap kali samseng kampung yang dah biasa buat onar menyebut, "Ini last time kita mencuri, selepas ini kita bertaubat." time itulah mereka akan kantoi dan ditangkap penduduk kampung. Mereka bukan ditangkap sebab first time buat jahat, tetapi dah terlampau banyak buat jahat.

Peringatan untuk diri kita yang dah biasa buat maksiat tetapi sampai sekarang masih tak kantoi. Amalan manusia ibarat menyorok emas di padang pasir. Tanam macam mana sekalipun, lambat laun akan terdedah jua...
Wallahualam

No comments:

Post a Comment