Tips untuk rasa tenang di padang Masyar



Baru mendengar kuliah Ustaz Badlishah dari Apps TV Al-Hijrah dan terjumpa sesuatu yang menarik. Aku abadikan di blog ini sebagai bookmark untuk diri sendiri dan sesiapa yang berminat.

Ramai sedia maklum, keadaan hiruk pikuk di padang masyar. Dalam keadaannya yang penuh kesulitan dan kerisauan, hanya sebilangan sahaja yang berbahagia ketika itu. Walaupun kita Islam, belum tentu kita akan tenang di sana melainkan dengan bekalan amal yang banyak.

Biasa mendengar, perbanyakkan bersedekah, belanja orang makan, solat malam dan sebagainya. Semua itu antara amalan yang diharapkan dapat membantu kita di sana nanti.

Kalau nak dapat amalan backup yang menjamin kesenangan kita di padang masyar, Nabi Muhammad S.A.W ada bagi tips khusus pasal ini. Ia sangat mudah dan ringan untuk diamalkan.

Pada petikan video di atas, Ustaz Badlishah ada kongsikan satu hadis yang membahagiakan kita semua.

Hadis itu berbunyi:


Dalam sebuah hadits, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


من سره أن ينظر إلى يوم القيامة كأنه رأي عين فليقرأ {إذا الشمس كورت} و {إذا السماء انفطرت} و {إذا السماء انشقت}

“Barangsiapa yang berharap, dia gembira ketika melihat peristiwa hari kiamat, hendaklah dia sering membaca surat “إذا الشمس كورت (At Takwir, ayat 1), “إذا السماء انفطرت” (Al Infithar, ayat 1), dan “إذا السماء انشقت” (Al Insyiqaq, ayat 1).” [HR At Tirmidzi (3333) dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu. Hadits shahih.] -


Maksud ayat ini adalah:


إذا الشمس كورت
Apabila matahari digulungkan ( dihancurkan) ,

إذا السماء انفطرت

Apabila langit terbelah,

إذا السماء انشقت
Apabila langit terbelah


Makna ayat kedua dan ketiga sama. Rujuk pada video dan tafsiran di sini. Kalau saya tersalah, mohon perbetulkan di bahagian komen

Maaf, tak dapat bagi ayat yang ada baris sebab tak reti nak edit letak baris pada komputer. Bacaan sebutan yang betul boleh rujuk video di atas.

Harus diingat. Ini adalah ayat Quran. Mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada nabi Muhammad. Bacaan yang ikhlas dan kusyuk akan membawa kesan pada diri si-pengamal ( Insya-Allah). Dengan amalan seperti ini, ia akan mempengaruhi tindak tanduk kita menuju pada maksud yang diharapkan. Semua ini atas kuasa Allah.


Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment