Tips untuk rasa tenang di padang Masyar



Baru mendengar kuliah Ustaz Badlishah dari Apps TV Al-Hijrah dan terjumpa sesuatu yang menarik. Aku abadikan di blog ini sebagai bookmark untuk diri sendiri dan sesiapa yang berminat.

Ramai sedia maklum, keadaan hiruk pikuk di padang masyar. Dalam keadaannya yang penuh kesulitan dan kerisauan, hanya sebilangan sahaja yang berbahagia ketika itu. Walaupun kita Islam, belum tentu kita akan tenang di sana melainkan dengan bekalan amal yang banyak.

Biasa mendengar, perbanyakkan bersedekah, belanja orang makan, solat malam dan sebagainya. Semua itu antara amalan yang diharapkan dapat membantu kita di sana nanti.

Kalau nak dapat amalan backup yang menjamin kesenangan kita di padang masyar, Nabi Muhammad S.A.W ada bagi tips khusus pasal ini. Ia sangat mudah dan ringan untuk diamalkan.

Pada petikan video di atas, Ustaz Badlishah ada kongsikan satu hadis yang membahagiakan kita semua.

Hadis itu berbunyi:


Dalam sebuah hadits, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


من سره أن ينظر إلى يوم القيامة كأنه رأي عين فليقرأ {إذا الشمس كورت} و {إذا السماء انفطرت} و {إذا السماء انشقت}

“Barangsiapa yang berharap, dia gembira ketika melihat peristiwa hari kiamat, hendaklah dia sering membaca surat “إذا الشمس كورت (At Takwir, ayat 1), “إذا السماء انفطرت” (Al Infithar, ayat 1), dan “إذا السماء انشقت” (Al Insyiqaq, ayat 1).” [HR At Tirmidzi (3333) dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu. Hadits shahih.] -


Maksud ayat ini adalah:


إذا الشمس كورت
Apabila matahari digulungkan ( dihancurkan) ,

إذا السماء انفطرت

Apabila langit terbelah,

إذا السماء انشقت
Apabila langit terbelah


Makna ayat kedua dan ketiga sama. Rujuk pada video dan tafsiran di sini. Kalau saya tersalah, mohon perbetulkan di bahagian komen

Maaf, tak dapat bagi ayat yang ada baris sebab tak reti nak edit letak baris pada komputer. Bacaan sebutan yang betul boleh rujuk video di atas.

Harus diingat. Ini adalah ayat Quran. Mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada nabi Muhammad. Bacaan yang ikhlas dan kusyuk akan membawa kesan pada diri si-pengamal ( Insya-Allah). Dengan amalan seperti ini, ia akan mempengaruhi tindak tanduk kita menuju pada maksud yang diharapkan. Semua ini atas kuasa Allah.


Moga bermanfaat

Kita tidak dihukum on the spot pada kesalahan pertama


Beberapa minit lalu, kaki aku hampir tercedera akibat tali kasut terlilit pada paddle basikal di gym. Ini pertama kali aku mengalami insiden seperti ini, tetapi bukan kali pertama aku membahayakan diri.



Punca insiden ini adalah kerana membiarkan tali kasut dibiarkan memanjang dan tidak diikat kemas. Aku leka membiarkan hal ini berlaku begitu lama sehingga menjadi tabiat dan hari ini aku menerima padahnya. Mujur aku tidak tercedera.

Benarlah bagai dikata... kita tidak akan dihukum on the spot pada kesalahan pertama. Macam kes ini, walaupun aku dah lama abaikan keselamatan, baru hari ini aku dihukum.

Begitu juga dengan dosa kita. Kita mungkin tidak dihukum on the spot pada maksiat pertama kita, tetapi kita mungkin akan dihukum on the spot pada maksiat yang ke-2 kali ataupun yang ke-100 kali.

Seperti dialog klise drama Melayu, setiap kali samseng kampung yang dah biasa buat onar menyebut, "Ini last time kita mencuri, selepas ini kita bertaubat." time itulah mereka akan kantoi dan ditangkap penduduk kampung. Mereka bukan ditangkap sebab first time buat jahat, tetapi dah terlampau banyak buat jahat.

Peringatan untuk diri kita yang dah biasa buat maksiat tetapi sampai sekarang masih tak kantoi. Amalan manusia ibarat menyorok emas di padang pasir. Tanam macam mana sekalipun, lambat laun akan terdedah jua...
Wallahualam

Lewat

Pagi tadi, terlewat hantar anak ke nursery 3 minit sebab singgah isi minyak kereta.

Cikgu-Cikgu di nursery pelik kenapa kami lambat hari ini, walhal kami hanya lewat 3 minit. Lewat 3 minit punya pasal, effect banyak benda, hati tak tenang, terkejar-kejar, jalan raya makin sesak, walhal hanya lewat 3 minit dan masih dalam kategori awal.

"Zuup" aku terus teringat, apa pula kata penduduk langit kalau kita solat lewat. Kalau urusan sesama makhluk pun manusia dah bertanya, apatah lagi urusan dengan Tuhan? Kita semua sedia tahu... Tuhan amat super detail pada amalan kita. Walaupun sekecil zarah... ia tetap akan dinilai.

Bayangkan suatu hari kita lewatkan solat, agak-agaknya apa penduduk langit cakap pasal kita?

Hikmah dalam pertuturan

Benarlah... kadang2 Tuhan hadirkan seseorang untuk bagi peringatan ataupun khabar gembira kepada kita.

Semalam ada jemaah cakap benda simple je dah buat aku hampir menangis gembira. Mungkin orang itu diberi hikmah oleh Allah dalam pertuturan. Ye la, selalunya, orang yang tahap imannya dah tinggi, dia cakap benda simple je hati kita mudah tersentuh. Jemaah itu jarang ke surau, mungkin sebab clash dengan kerja. tetapi dari segi perwatakan... dia memang ada kualiti yang membuatkan dirinya disenangi ramai. Susah nak dapat aura begitu.... hanya yang terpilih dan istimewa je dapat aura begitu. Ada orang kata, banyakkan selawat ataupun amalan sunat. Wallahualam. Berbalik pada cerita semalam. Kami berdua berada dalam lif yang sama. Masing-Masing mahu balik ke rumah. Pada mulanya biasa-biasa je... tetapi, selepas dia cakap, "Nama siapa ya?" Hati aku terus bahagia melangit. Bukan sebab exited nak bagitau siapa nama aku, tetapi pertanyaan itu cukup membahagiakan.

Benarlah kata orang... "Alangkah ruginya kalau sesama muslim bertemu tetapi tidak memberi salam dan bertanya nama." Rupanya ini perasaannya. Ia buat hubungan sesama muslim makin kuat dan kasual. Ini bukanlah pertama kali orang bertegur tanya nama. Tetapi kali ini rasa bahagia sebab jemaah itu lain daripada yang lain. Aku suspek Tuhan dah bagi dia kelebihan itu... hikmah dalam pertuturan. Ada kualiti jadi pendwakwah dia tu.

Kartun Manual untuk Majalah Gila-Gila


Bermula Gila-Gila isu 779, insya-Allah, kartun aku akan menyelit di Majalah Gila-Gila. Seronok betul dapat peluang keemasan macam ini. Terima kasih kepada editor Gila-Gila, Azzam Supardi sebab bagi peluang ini.

Ini bukanlah kartun pertama aku di Gila-Gila, kartun pertama aku tersiar di majalah keramat itu adalah pada tahun 1998, iaitu 18 tahun lalu. Ketika itu hanya tersiar di halaman Mekar di GG, iaitu ruangan kartun pembaca dan kartunis yang baru nak 'up'.

Memandangkan aku dah terbiasa melukis secara digital, maka kartun awal aku di Majalah Gila-Gila adalah hasil digital. Tetapi, selepas ditegur rakan-rakan, mereka lebih sukakan kartun manual. Maka, dengan senang hati aku kembali melukis kartun manual khas untuk Majalah Gila-Gila bermula isu 780 dan seterusnya.









Azam tahun 2016, nak buat deadlift 200kg!

Tahun lepas, nak buat deadlift 10Kg je pun dah payah... Alhamdulillah, hasil belajar dari internet dan latihan berterusan, aku berjaya menamatkan tahun 2015 dengan deadlift 100kg. Pada mulanya takut-takut juga nak buat deadlift 100kg sebab pernah injured tulang belakang ketika membuat deadlift 60kg, 2 bulan menderita sakit tulang belakang.

Namun, semangat datang balik apabila banyak menonton video-video powerlifter di instagram dan youtube. Nenek dan atok pun mampu buat deadlift 100kg. Mana nak letak air muka kalau orang muda macam aku hanya berani angkat setakat 60Kg. Malu wehh...

Atas motivasi itu, aku berani sahut cabaran 100kg. Tahun 2016, nak kejar 200Kg pula. Tahun 2017, 300kg... kalau tahun 2020? 500KG! Itu record dunia tu. Kalah Eddie Hall, strongman deadlift paling kuat ketika ini dengan record 462Kg.

Di bawah ini adalah gambar bulan Disember 2015 ketika membuat deadlift 100KG.