Perginya Ulamak Lejen

Hari ini kita dikejutkan dengan perginya Ulamak lejen, Harun Din. Saya tiada pengalaman peribadi dengan arwah tetapi berminat nak share tulisan kenalan saya berkenaan ulamak lejen ini.

Saya sertakan teks yang ditulis oleh kenalan saya. Kenalan saya ini pernah bekerja satu opis dengan saya. Dia bos dan saya kuli. Kini, kami dah tak bekerja di tempat yang sama dan buat haluan masing-masing. Dia dah jadi pensyarah dan pendakwah bebas. Walaupun sibuk, beliau sempat juga berguru dengan Allahyarham Harun Din.

Berikut adalah tulisan beliau berkenaan mulianya Allahyarham Harun Din. Tulisan ini berasal dari group whatsapp kami.

Sepanjang setahun mengikuti kuliah di darusyifa beberapa kali juga almarhum tidak mengajar kerana uzur. Kami anak2 murid dok berdoa agar Allah panjangkan usia agar dapat ijazah dgn beliau. Alhamdulillah Allah maqbulkan doa kami. Kumpulan 27. Kumpulan terakhir. Belum puas meneguk ilmu dari beliau.

Ketekunan TGHD dlm dakwah memang hebat hingga saat uzur. Selagi TGHD  boleh bangun beliau akan turun mengajar, merawat (setiap selasa, 100 pesakit) pergi ceramah dan memenuhi apa jua jemputan. Serata negara, tanpa meninggalkan kuliah darusyifa setiap Isnin, kecuali jika TGHD di luar negara. Tiada erti rehat, walaupun baru keluar IJN. Tiada doktor yg dapat menahan TG.  Bila kami tanya kenapa TG tidak slow down memdangkan sakit dia semakin berat, TG kata, "Apabila Allah beri saya sakit, maknanya usia yg ada ini adalah bonus, masa tambahan. Jadi saya perlu gunakannya sepenuhnya utk jalan Allah. Rehat kita nanti diakhirat".. lebih kurang begitulah kata beliau.

TGHD tidak menyimpan dendam walau dihina oleh Tun Mahathir, atau mana2 politician. Beliau tetap memenuhi jemputan Tun nak jumpa beliau, etc.

Beliau juga tidak benarkan ahli2 darusyifa membenci DR Maza yg keluarkan fatwa amalan selawat syifa yg diamalkan beliau itu sesat. ramai pengikut MAZA kemudian  kata TGHD sesat. TGHD adalah ahli majlis fatwa Perlis. Tetapi ketika dalam mesyuarat MAZA x kata apa. Bila TGHD x ada baru Maza keluarkan keputusan fatwa. TGHD jumpa MAZA dan tunjukkan berdozen hujah dan penjelasan, termasuk satu tulisan mufti saudi Bin Baz yg dimulakan dgn selawat syifa. Namun DrMaza hanya berdiam.😞 TGHD pesan, tak pe lah. Kita boleh berlapang dada dengan fikrah mereka, tetapi mereka susah nak berlapang dada dengan kita. Tidak perlu bermusuh atau bersusah hati dgn mereka.

Betul kata Puan______ ( nama di-censored ) , bila berpeluang berdepan dengan TGHD, kita akan terasa keramahan beliau yg menusuk qalbu, senyumnya yang cukup indah dan menyejukkan. Walau ada ramai yg dtg merawat, beliau tetap tersenyum dan melayan. Wallahu alam.

Shortcut untuk menjadi pelukis digita yang berjaya

Ramai kata takda shortcut untuk berjaya... tetapi untuk menjadi pelukis digital yang pantas.... shortcut key is a must!

Gajah pun kena puasa untuk lawan nafsu



Sewaktu saya ke stesen minyak Bukit Antarabangsa, saya berbual dengan seorang pakcik, bekas penjaga gajah di Zoo Negara.

Saya: Wah! Hebat betul pakcik jaga gajah. Tak takutkah kalau tiba-tiba gajah naik minyak?

Pakcik: ooo itu ada tricknya. Biasanya dia naik minyak sebab nak mengawan, tetapi dia tak dapat mengawan. Biasanya boleh detect pada mata dan telinga dia. Kalau nampak berair sikit... haaa, masa tu kita kena jaga-jaga.

Saya: Pakcik buat apa kalau nampak tanda tu?

Pakcik: Kita jangan bagi dia makan, mandikan dia dan rantai dia. Settle.

"Pap!" Saya terus teringat tentang sabda nabi berkaitan berpuasa untuk menundukkan nafsu. Gajah yang besar pun kena puasa untuk redakan nafsu. Apatah lagi manusia yang kecik ni.

Hati yang berbolak-balik


Pengajaran besar dari peristiwa 'U-turn' 
Banyak betul petristiwa u-turn minggu ni.
1. Tun Mahathir kembali berbaik dengan Anwar.
2. Ex-pondan yang dah jadi lelaki kembali jadi pondan semula.
3. Artis bertudung kembali taknak pakai tudung
Ada ulamak, yang hujungnya mati sesat. Ada pula pembunuh hujungnya mati baik.
Sebab itulah dalam setiap doa, kita perlu minta husnul khatimah.. hujung hidup kita dalam iman.


Hati yang berbolak-balik


Pengajaran besar dari peristiwa 'U-turn' Tun Mahathir, tudung dan pondan. Selagi tak mati, selagi itu hati kita boleh berbolak-balik.
Ada ulamak, yang hujungnya mati sesat. Ada pula pembunuh hujungnya mati baik.
Sebab itulah dalam setiap doa, kita perlu minta husnul khatimah.. hujung hidup kita dalam iman.