Datang sejam awal sebelum Bengkel Kartun

Semasa remaja, hari Sabtu adalah hari yang paling dinantikan setiap minggu. Kerana pada hari itu, saya boleh belajar berkartun dengan Pak Jab di opis Gila-Gila. Disebabkan semangat nak tunjuk kartun pada Pak Jab. Saya selalu datang lebih awal daripada Pak Jab. Sejam sebelum opis Gila-Gila buka, saya sudah terpacak depan pejabat diorang. Walaupun opis dah bukak, tetapi kalau Pak Jab masih belum masuk opis, saya tetap akan menunggu di luar. Sampaikan Pak Jab terpaksa pesan pada seorang anak angkatnya. "Amirul, kalau nampak Alif depan opis, suruh dia masuk. Dia tu takkan masuk selagi saya tak masuk." Ada sekali tu, penjaga Creative Corner sendiri yang paksa saya masuk ke dalam opis. Mungkin kesian tengok budak gemuk berdiri lama-lama depan opis mereka. Begitulah keadaan saya yang amat bersemangat untuk jumpa Pak Jab.

No comments:

Post a Comment