Selepas SPM, nak jadi pelukis kartun pro

Punyalah pemalu. Semasa hari keputusan SPM, sayalah orang paling last ambik result. Lepas Asar baru ambik. Padahal masa tu duduk asrama. Jarak antara asrama dan tempat result hanya beberapa tapak sahaja.

Mesti ada yang pelik, bagaimana result SPM belum ambik, saya sudah duduk di asrama. Sebenarnya, selepas SPM, saya sambung latihan MLVK tahap 3 di KYM. Waktu menunggu SPM, masa saya diisi dengan latihan MLVK bidang kejuruteraan elektronik. Nampak macam ada wawasan kan? Padahal masa itu, saya dah bosan gila dengan elektronik ni. Tak nampak halatuju saya dalam bidang ni walaupun saya antara best student di situ.
Meyandang tittle best student masa tu, saya buat keputusan mengejut dengan berhenti belajar di KYM. Ia seminggu selepas result SPM keluar. Saya keluar asrama secara spontan tanpa banyak berbincang dengan emak dan lecturer. Kawan-Kawan asrama pun tak tahu tindakan drastik saya ini. Hanya sorang dua sahaja yang tahu, itupun mungkin mereka ingat saya main-main.

Tak pasti apa perasaan lecturer masa tu. Adakah mereka hampa ataupun happy dengan tindakan saya itu.  Ketika itu, saya tak kisah apa perasaan orang sekeliling. Yang saya tahu, saya mahu bebas dan memilih kehidupan saya sendiri.


"Tak mahu belajar elektronik lagi. Aku nak jadi pelukis kartun profesional." Tekad saya dalam hati. Bertambah konfiden, masa tu kartun saya dah kerap disiar di surat khabar Harian Metro dan ruangan bakat baru Gila-Gila. Saya nampak masa depan saya selepas SPM adalah menjadi pelukis kartun profesional.

Perasaan saya ketika naik bas dari Melaka ke Stesen Bas Klang umpama diri saya ni macam hero drama Melayu. Berhijrah ke kota raya demi mengejar impian.

Tetapi entah macam mana, saya end up sebagai penjual nasi lemak di sunway pyramid dan hanyut dengan kemewahan gaji sebagai penjual nasi lemak. Kalau dicampur-campur dengan bonus harian, gaji masa tu ada la dalam RM2000. Kira agak mewah la masa tu. Hidup bujang, menumpang rumah emak pula tu. Duit tu semua buat enjoy aje la. Hanyut.... dan terus lupa pasal cita-cita asal nak jadi pelukis kartun.

kerja 14 jam sehari. Balik rumah terus tidur. Tiada masa untuk melukis kartun.

HAHAHAHA!

No comments:

Post a Comment