Nasi Ayam Double

Kejadian di gerai nasi ayam. Macam biasa, saya akan pesan ayam double. Hanya ada 2 pelanggan di situ. Saya, dan seorang awek Indonesia yang cantik jelita.

Awek Cantik Jelita: Eh, Banyaknya ayam? Saya tak makan ayam banyak2, nanti gemuk.

Saya: ( Senyum ) Dalam hati cakap, tak guna, depan-depan dia kutuk aku.

Penjual: Eh, mana ada gemuk. Cuba tengok abang ni, tak gemuk pun.

Saya cuba tegakkan badan dan tahan nafas supaya tak nampak gemuk sangat. Awek Cantik Jelita itu masih bersungguh tak puas hati dengan ayam yang saya pesan.

Awek Cantik Jelita: Yelah, makan ayam banyak nanti gemuk. Saya taknak gemuk.

Saya hanya diam sepanjang masa itu. Lebih kepada malu dengan awek itu sebab kutuk saya gemuk depan-depan. Selepas selesai, saya pun beredar. 

Sementara beredar, sempat terdengar pesan awek itu kepada penjual. 

Awek Cantik Jelita: Saya nak nasik lebih!

Penjual: Heh eleh! Kata taknak gemuk, tapi order nasi lebih. 


Saya: ( dalam hati ). Ha ha ha! Apa punya lawak la awek ini. 

Datang sejam awal sebelum Bengkel Kartun

Semasa remaja, hari Sabtu adalah hari yang paling dinantikan setiap minggu. Kerana pada hari itu, saya boleh belajar berkartun dengan Pak Jab di opis Gila-Gila. Disebabkan semangat nak tunjuk kartun pada Pak Jab. Saya selalu datang lebih awal daripada Pak Jab. Sejam sebelum opis Gila-Gila buka, saya sudah terpacak depan pejabat diorang. Walaupun opis dah bukak, tetapi kalau Pak Jab masih belum masuk opis, saya tetap akan menunggu di luar. Sampaikan Pak Jab terpaksa pesan pada seorang anak angkatnya. "Amirul, kalau nampak Alif depan opis, suruh dia masuk. Dia tu takkan masuk selagi saya tak masuk." Ada sekali tu, penjaga Creative Corner sendiri yang paksa saya masuk ke dalam opis. Mungkin kesian tengok budak gemuk berdiri lama-lama depan opis mereka. Begitulah keadaan saya yang amat bersemangat untuk jumpa Pak Jab.

Selepas SPM, nak jadi pelukis kartun pro

Punyalah pemalu. Semasa hari keputusan SPM, sayalah orang paling last ambik result. Lepas Asar baru ambik. Padahal masa tu duduk asrama. Jarak antara asrama dan tempat result hanya beberapa tapak sahaja.

Mesti ada yang pelik, bagaimana result SPM belum ambik, saya sudah duduk di asrama. Sebenarnya, selepas SPM, saya sambung latihan MLVK tahap 3 di KYM. Waktu menunggu SPM, masa saya diisi dengan latihan MLVK bidang kejuruteraan elektronik. Nampak macam ada wawasan kan? Padahal masa itu, saya dah bosan gila dengan elektronik ni. Tak nampak halatuju saya dalam bidang ni walaupun saya antara best student di situ.
Meyandang tittle best student masa tu, saya buat keputusan mengejut dengan berhenti belajar di KYM. Ia seminggu selepas result SPM keluar. Saya keluar asrama secara spontan tanpa banyak berbincang dengan emak dan lecturer. Kawan-Kawan asrama pun tak tahu tindakan drastik saya ini. Hanya sorang dua sahaja yang tahu, itupun mungkin mereka ingat saya main-main.

Tak pasti apa perasaan lecturer masa tu. Adakah mereka hampa ataupun happy dengan tindakan saya itu.  Ketika itu, saya tak kisah apa perasaan orang sekeliling. Yang saya tahu, saya mahu bebas dan memilih kehidupan saya sendiri.


"Tak mahu belajar elektronik lagi. Aku nak jadi pelukis kartun profesional." Tekad saya dalam hati. Bertambah konfiden, masa tu kartun saya dah kerap disiar di surat khabar Harian Metro dan ruangan bakat baru Gila-Gila. Saya nampak masa depan saya selepas SPM adalah menjadi pelukis kartun profesional.

Perasaan saya ketika naik bas dari Melaka ke Stesen Bas Klang umpama diri saya ni macam hero drama Melayu. Berhijrah ke kota raya demi mengejar impian.

Tetapi entah macam mana, saya end up sebagai penjual nasi lemak di sunway pyramid dan hanyut dengan kemewahan gaji sebagai penjual nasi lemak. Kalau dicampur-campur dengan bonus harian, gaji masa tu ada la dalam RM2000. Kira agak mewah la masa tu. Hidup bujang, menumpang rumah emak pula tu. Duit tu semua buat enjoy aje la. Hanyut.... dan terus lupa pasal cita-cita asal nak jadi pelukis kartun.

kerja 14 jam sehari. Balik rumah terus tidur. Tiada masa untuk melukis kartun.

HAHAHAHA!