Ramainya 'penghuni' di rumah mak mertua aku

Baru2 ini aku tidur di rumah mak mertua aku.

Aku dan 2 anak aku tidur di dalam kelambu. Seperti biasa, aku lazimkan diri aku membaca Al-Quran, zikir, istighfar dan selawat sebelum  tidur.

Sekitar jam 1-3 pagi, aku terjaga dan nampak ramai manusia berpusu-pusu ke luar dari rumah mak mertua aku.

Tidak menakutkan. Mereka seperti manusia biasa, berpakaian seperti mahu ke luar berjalan-jalan. Ada dewasa, ada kanak2.

Mereka berjalan di hadapan aku lalu ke luar dari rumah.

Aku yakin kehadiran mereka bukan untuk menakutkan aku. Entah2 diorang pun tak perasan aku nampak diorang.

Dalam hati aku, "Lantak koranglah... aku nak tidur. Lagi 2 jam aku nak tahajjud."





Tujuan posting ini diabadikan di sini hanyalah sekadar nak merekod sebagai tanda kenangan dan rujukan akan datang.

Berjumpa Hang Tuah?



Baru2 ni jam 1 pagi muncul lelaki misteri dalam rumah aku.

Tua tetapi tegap. Ada aura pahlawan ataupun orang yang ada superconscious yang tinggi.

Matanya tajam seolah2 cuba membaca fikiran aku dan aku melawan melalui vibe ( susah nak explain ).

Merasa diri terancam, aku bersuara dengan nada berani tetapi perlahan, taknak anak bini dengar, "Siapa kau? Apa kau nak?" Aku bersedia nak lawan. Jika itu Jin jahat, aku yakin Allah pasti menolong.

nampak macam bukan.

Apabila aku buat begitu... beliau pun hilang ala2 Reverse Flash hilang dari timeline.

Situasi berlaku dalam keadaan sedar.

Masih clueless....

Tawaran masuk TV Al-Hijrah sekali lagi.

Petang tadi, Aizat Razat Voice Message melalui whatsapp,  dengan suaranya yang sopan, lebih kurang beginilah dia cakap, "Alif, esok free tak? Nak jemput ke TV-Al Hijrah, bercerita pasal motivasi kuruskan badan."

Aizat adalah icon Jom Kurus Satu Malaysia.

Ini adalah kali kedua berpeluang masuk di TV Al-Hijrah. Kali pertama, pasal animasi. Kali kedua ini pula, pasal motivasi kuruskan badan.

Sayangnya, aku terpaksa menolak tawaran ini sebab sibuk menguruskan anak-anak. Lagi pula badan aku pun taklah kurus seperti awal2 dulu. Rasa macam tak sesuai dengan tema yang mahu dikongsikan.

Ini badan terkini aku. Pasti penerbit kecewa kalau nampak mamat ni berkongsi pasal kuruskan badan. Hahaha.

Maka, sebelum penerbit reject aku, baiklah aku reject tawaran ni awal-awal.


Pengorbanan masa seorang Tok Imam

Tok Imam di sini mengeluh, terpaksa ulang alik dari rumah ke sekolah anak sekurang-kurangnya 12 kali sehari. Tidak termasuk urusan kelas tambahan dan ko-kurikulum.

Aku boleh relate dengan Tok Imam sebab anak dia dan aku sama banyak, iaitu 3 orang. Bezanya, anak dia semua sedang bersekolah, manakala anak aku baru seorang bersekolah.

Aku yang baru seorang anak bersekolah dah kalang kabut, bagaimanalah situasi aku apabila ketiga-tiga anak sekolah serentak nanti.

Masa yang ada sekarang pun memaksa aku minum bercawan kopi untuk buat kerja di malam hari. Bagaimanalah 2-3 tahun akan datang? Pasti ber jug2 minum kopi demi melawan keletihan setelah seharian mengurus anak2.

Kedah vs Perak

Semalam saya sengaja sokong Perak sebab isteri orang Kedah. Barulah seronok tonton sebab ada perbezaan. Namun, disebabkan semalam banyak adengan jatuh dan tiada aksi menarik, saya pun tertidur. Isteri pula tonton sampai habis.

Pagi ini, muka isteri kelihatan muram. Saya jangka Kedah kalah. Saya pun ambil kesempatan mengutuk mutu permainan Kedah malam tadi tanpa mengetahui keputusan sebenar.

Selepas habis saya kutuk. Isteri dengan muka konfiden pun tunjuk result melalui handphone. La... Kedah menang rupanya. Seronok betul dia tengok saya tersilap meneka.

Bercerai kerana kucing

Ada kawan yang selalu lepak luar kerana tak selesa dengan hobi bini dia yang sukakan kucing.

Apartment keluasan 726 sqft, tetapi bela kucing lebih 30 ekor. Pernah masuk rumah dia, ya tuhan... tak boleh bernafas.

... end up, mereka bercerai. Umur pencen, anak dah besar2. Hanya kerana kucing.

Mr.Mama hidup penuh teka teki.

Mr.Mama hidup penuh teka teki.
Kalau nak tengok wayang, kena beli beberapa tiket dan berlainan waktu. Beli tiket wrestling pun sekadar booking tempat, dapat hadir ataupun tidak... masih menjadi teka teki.

Available-nya Mr.Mama untuk keluar rumah bergantung pada mood anak-anak.

Sedangkan booking berbayar pun boleh cancel. Apatah lagi melepak dengan kawan2 dan bersenam.


.

Jumpa Ustazah

Ketika bayar yuran sekolah agama pagi semalam. Ustazah terkejut tengok saya. "Eh, dalam whatsapp nampak lain, di luar nampak lain."
Saya dah risau, mungkin ustazah tu nak cakap "Dalam whatsapp nampak kurus, kat luar nampak gemuk."
Rupa2nya.... Ustazah nak cakap, "Dalam whatsapp nampak tua, tak sangka pula encik ni muda orangnya."
Saya tersipu.

Lelaki misteri Ultimate Warrior

Selesai menonton Spiderman 3 hari lepas... saya ditenung seorang pakcik misteri berbadan tegap berjaket jeans.

Rasa macam kenal pakcik misteri tu tetapi saya teragak-agak nak menegur takut salah orang.

Selepas jarak kami agak jauh, saya menoleh ke belakang untuk melihat pakcik misteri itu sekali lagi. Ternampak tulisan pada jaket beliau, "Ultimate Warrior".

Sah! Itu Abang Dharma Harun! Pelakon Sikit Punya Gila dan Adik Manja. Beliau memang peminat tegar gusti.

Malamnya saya terus layan filem Adik Manja di Youtube.

Syarikat sendiri

Selain buat commision work, saya juga ada syarikat penerbitan sendiri. Di syarikat itu, saya melantik seorang CEO bagi melancarkan kerja pengurusan.
CEO itu adalah.... saya sendiri. 





Oh ya, begitu juga Encik Cleaner... saya pun tukang cleaner juga.

Teka teki jiran

Seronok dengar tekaan jiran2 mengenai pekerjaan saya.
Minggu lepas, ada meneka saya Ejen insuran.
Hari ini pula, ada meneka saya mekanik kereta.

Aku dan tayangan hari raya RTM

Sempena hari raya ini... kerap pula RTM ulang siar dokumentari ni. Malam tadi siar lagi. Betul2 fully utilized populariti aku ni. Hew hew hew!

Akibat Terkejut Melihat Wajah Sendiri pada Cermin. Lelaki ini Membotakkan Kepalanya dan ini yang Terjadi....


Azam untuk membela rambut panjang 2019 ditamatkan selepas terkejut melihat muka sendiri yang seakan orang gila.
Kembali kepada fitrah asal.... botak.