Ramainya 'penghuni' di rumah mak mertua aku

Baru2 ini aku tidur di rumah mak mertua aku.

Aku dan 2 anak aku tidur di dalam kelambu. Seperti biasa, aku lazimkan diri aku membaca Al-Quran, zikir, istighfar dan selawat sebelum  tidur.

Sekitar jam 1-3 pagi, aku terjaga dan nampak ramai manusia berpusu-pusu ke luar dari rumah mak mertua aku.

Tidak menakutkan. Mereka seperti manusia biasa, berpakaian seperti mahu ke luar berjalan-jalan. Ada dewasa, ada kanak2.

Mereka berjalan di hadapan aku lalu ke luar dari rumah.

Aku yakin kehadiran mereka bukan untuk menakutkan aku. Entah2 diorang pun tak perasan aku nampak diorang.

Dalam hati aku, "Lantak koranglah... aku nak tidur. Lagi 2 jam aku nak tahajjud."





Tujuan posting ini diabadikan di sini hanyalah sekadar nak merekod sebagai tanda kenangan dan rujukan akan datang.