Vaksin dan pembaziran.

Vaksin dan pembaziran.

Buat apa beli vaksin mahal2 tetapi keberkesanannya masih dipersoalkan?

Negara2 yang dah ambil vaksin tidak menunjukkan sebarang penurunan kes. Malah, kes makin naik.

Ini bukan isu antivaksin. Ia lebih kepada bijak berbelanja pada benda yang betul. Harganya bukan murah. Mujarabnya masih samar2.

Sekali lagi. Ini bukan pasal antivaksin.

Buat apa beli seketul nasi di hotel mewah yang mahal tetapi hanya sedikit dan tak mengenyangkan?
Sedangkan kita ada pilihan beli nasi kedai mamak yang murah lagi banyak, bahkan lebih mengenyangkan.

Pemikirian begini bukanlah bererti aku anti nasi.

Begitu juga pos mempersoalkan vaksin corona virus ni. 

Dapat tangkap tak?


Jin vs Rijalul Ghaib?

Malam semalam aku didatangi sekurang-kurangnya 2 entiti. 1 berbau hancing dan 1 lagi bercahaya terang.

Aku menjadi kehairanan apa yang berlaku. Ada lagi yang aku saksikan tetapi tak mahu ceritakan di sini. Semuanya berlaku dalam keadaan jaga.

Aku tulis di sini sekadar catitan diari. Manalah tau kot2 selepas ni aku jadi gila ataupun arwah. Hahahaha

Update:
Kemungkinan besar mereka bergaduh sehingga ke subuh.

Update:
Rupa2nya bau hancing itu kemungkinan besar bau dosa2 aku. Allah hijabkan deria bau aku untuk kenal hati aku yang kotor. Terkejut aku apbila tahu pasal ni.

Aku rasa malu pada diri sendiri. Malu pada Allah.

Manakala cahaya itu pula aku tak dapat faham maksudnya. Mungkin waktu tu hijab aku terbuka dan nampak benda2 lain.


Aku jumpa jawapannya dari sini. Apa yang ustaz ni alami, sama seperti apa yang aku alami.... iaitu bau hancing dan cahaya.





Hampir jadi pelakon terkenal

Selesai shooting dokumentari aksi lasak pada tahun 2014, aku dapat tawaran berlakon drama.

Diorang suruh aku standby untuk watak jahat seperti perompak, kaki pukul, perogol. Diorang suka tengok aku bercakap dan lawan2. Aku tak ambik job tu sebab sibuk jaga anak2. Hampir jadi artis ni.

Orang Vietnam Karate Kepala Anjing

Petang tadi berbual dengan bekas bos kilang era 80-90an. Dia bercerita pasal skill luar biasa orang Vietnam yang pernah bekerja di kilangnya.




Tidur Halimunan.
Disebabkan tahun 80-an negara mereka baru berperang dengan US. Antara skill survivor yang mereka kuasai adalah bersembunyi tanpa jejak. Sewaktu dia buat spot check di asrama pekerja jam 3 pagi... dia terkejut, asrama kosong. 

Rupa2nya pekerja Vietnam tidur di kawasan2 tersorok seperti bawah meja, katil dan mana2 bahagian yang orang susah nampak. 

Ini adalah skill mereka bersembunyi dari askar US sewaktu perang dulu dan terbawa ke Malaysia.


Karate Anjing
Beliau pernah menyaksikan... orang Vietnam karate anjing besar dengan tangan kosong. Boleh dikatakan, hampir setiap hari pekerja Vietnam dimarahi pemandu bas kilang sebab sering membawa bangkai anjing ke dalam bas.

Mungkin disebabkan sukar mencari makanan waktu perang, maka ada kumpulan Vietnam yang biasa memburu haiwan liar dengan tangan kosong.



Kesimpulan

Demikianlah perkongsian beliau pasal orang Vietnam era 80-90an. Namun begitu, tak semua pekerja Vietnam makan anjing. Pekerja yang beragama Budha dan Kristian kebanyakannya tak makan anjing.

Beliau juga memberitahu perbezaan kumpulan yang makan dan tak makan 



anjing boleh dibezakan secara ketara melalui cara pemikiran. Kumpulan makan anjing, agak lembab pemikiran, manakala yang satu lagi lebih cerdas.

Disebabkan itu, geng tak makan anjing dilantik jadi ketua kumpulan.

Oh! Yang bercerita itu adalah pemandu grab. Dia baru pencen tahun lepas selepas lebih 35 tahun bertugas.

Sengaja aku letak gambar Rambo sebab dikatakan, segala skill Rambo dalam filem sebenarnya adalah skill2 yang biasa ada pada orang Vietnam sewaktu perang US Vietnam dulu.





Suami ada cancer tetapi isteri cakap, "Ngada-ngada...."

Kawanku baru meninggal dunia sebab canser.


Dia tak ceritapun pada isterinya pasal sakitnya. Punca, asal nak cerita je... bini cakap "Ngada-Ngada."
Wahai isteri... suamimu bukannya robot yang sentiasa kuat dan sihat. Kamu selalu suruh arwah urut kaki kamu, tetapi tak pernah pun kamu urut kaki arwah. Kawan2 pernah melawak, suruh dia pergi pusat urut. Dia kata, "Taknak la... Aku pakai kerusi urut shopping mall pun dah lega dah." Isteri arwah suri rumah. Manakala arwah pemilik bengkel kereta. Kerjanya berat, tetapi isterinya langsung tidak pernah bertanya penat letih suaminya. Sedangkan nak minta urut pun tak dilayan, apatah lagi ambil tahu pasal canser suaminya. Moga arwah tenang di sana.
Takziah 😢