Linkin Park Buat Kerja Gila





"Eh, ini bukan LINKIN PARK." Itulah kata aku sebaik sahaja melepas track ke-3 dalam album Minutes to Midnight ini. Pada track seterusnya, aku terus dihidangkan dengan LINKIN PARK baru. Pada aku, LINKIN PARK baru ini lebih lembut.

"Karier LINKIN PARK akan musnah lepas ini." Itulah kata banyak media berkenaan album baru ini. Memang benar, kali kedua aku mendengar album ini, aku masih kecewa kerana tiada lagi irama nu-metal yang bertenaga seperti LINKIN PARK dulu. Aku kecewa kerana selepas ini tiada lagi semua itu. Susah mahu terima hakikat ini terutamanya bagi pendengar muda. Inilah usaha LINKIN PARK untuk menyisihkan peminat lamanya dan mencari peminat baru. Persoalannya, adakah peminat luar yang tak pandang LINKIN PARK sebelum ini akan terima LINKIN PARK? Susah....

Irama nu-metal bukan lagi trend hari ini. Ini bukan kali pertama band nu-metal seperti ini mengubah konsep mereka dan ia bukanlah perkara senang. LIMP BIZKIT sudah mengubah konsep mereka pada tahun 2003 dan gagal dengan teruk sekali. Paling kelakar, selepas LIMP BIZKIT berazam mahu ubah konsep, mereka kembali dengan koleksi album lagu-lagu lama zaman nu-metal mereka semula. Hahaha... sungguh hina keadaan itu.

Serius! LINKIN PARK mungkin akan kelihatan hina seperti LIMP BIZKIT sekiranya projek Minutes to Midnight ini gagal. Tetapi, selepas mengamati semula lagu LINKIN PARK baru buat pusingan ke-3 ini, aku lega. LINKIN PARK tidak gagal sepenuhnya.

"Ini adalah LINKIN PARK yang dewasa"

LINKIN PARK baru kali ini lebih banyak X-pose bunyi gitar dan drum dalam lagu mereka. Kendengaran seperti mereka berundur ke belakang sekiranya dibezakan dengan 2 album studio sebelumnya. Mujur vokal Chester yang menjadi trademark LINKIN PARK sudah menyelamatkan daripada peminat LINKIN PARK sedia ada daripada terus berpaling tadah.

Lagu Bleed it Out adalah lagu yang simple tetapi amat 'catchy'. Lagu ini menggunakan beberapa alat muzik yang tidak pernah LINKIN PARK gunakan sebelum ini.

Lagu No More Sorrow adalah lagu favourite aku. Aku tabik spring pada LINKIN PARK kerana berjaya menghasilkan lagu yang sangat bertenaga. Mereka menggunakan bunyi gitar dan drum rockers yang sudah lama tidak dengar dalam radio hari ini. Usaha cerdik dalam usaha mahu membina imej baru.

Banyak lagi lagu lain yang menarik. Korang dengarlah satu persatu. Aku tak janji semua track akan memuaskan korang. Sebab LINKIN PARK banyak membuat experiment dalam album ini. Lagu favourite Chester, The Little Things Give You Away adalah track paling aku tidak suka. Jadi, Album ini sendiri akan mempunyai peminat yang berbeza.

Kesimpulan bagi album keseluruhan LINKIN PARK dapat dilihat pada single pertama mereka, What I've Done. ini adalah lagu terkahir yang dirakam dalam album ini. Inilah muzik baru LINKIN PARK seterusnya (kalau mereka masih hidup. kehkehkeh....). What I've Done mengambarkan keadaan LINKIN PARK sendiri. Apakah yang mereka sudah buat pada band mereka. Kalau korang hayati lirik single ini, pasti korang dapat rasa, apa yang LINKIN PARK fikir dan cuba beritahu kepada peminat, apa yang mereka sudah hidangkan dalam album penentu karier mereka ini.

cow! Bagi aku, LINKIN PARK buat tindakan yang betul.


mahu raikan kejayaan LINKIN PARK? Raikan bersama mamat ni