Alif tak makan durian

Sewaktu kecil, mak pernah memberitahu pada ahli keluarga lain.... "Alif tak makan durian...."
Padahal asalnya saya okey sahaja. Tak cakap pun begitu.
Sejak itu, sampai sekarang saya tak makan durian. Bukan merajuk ataupun pantang, tetapi entah.... rasa macam Tuhan makbulkan doa emak saya. Memang betul2 saya tak makan durian sampai sekarang.

Cakap seorang diri

Masih tak dapat buang tabiat cakap seorang diri. Pagi ni saya telah buat orang 7 Eleven hairan dengan saya tabiat mistik ni. Saya buka peti ais 7 eleven, dan bercakap macam-macam. "Eh, ini besar. Tak muat, ambik yang kecik la." "Tunggu dulu. Kalau aku ambik ni, bila aku nak minum?" "Ini banyak gula. Mesti mahal harga livita ni." "Air kotak ni pakai straw, susah pula apabila ia kemik nanti." "Ah, ambik yang inilah, boleh gulung2 dalam beg." Panjang jugalah saya bercakap depan peti ais tadi. Dah lama baru perasan saya cakap kuat sangat. Kikikiki.

Allah bos aku

Walaupun kerja freelancer macam saya tiada bos dikalangan manusia, tetapi Allah tahu kita buat kerja ataupun malas. Kalau kita rajin dan tak ponteng, Dia pasti bagi 'gaji' kat kita.

Hamba yang sentiasa diperhatikan

Pengguna software pirate sedang diperhati

Sebagai animator dan pelukis freelancer, saya sering dipantau company2 besar. Nampak macam bagus kan? Tunggu dulu...
Sebenarnya mereka memantau samada saya guna perisian cetak rompak ataupun original. Hahaha

Selalunya, mereka yang memantau bukanlah nak saman pengguna cetak rompak. Kalau kita pakai original, mereka akan minta testimoni untuk product dia. Kalau kita guna pirate, mereka akan offer kita beli yang original dengan pakej pembayaran istimewa.

Bagaimana mereka boleh mengesan kita guna software mereka? Ada beberapa sebab. Antaranya:

- Kita pernah download trial version dari website mereka. Jadi mereka ada maklumat kita.
- Kerja kita  mendapat banyak spotlight di website luar negara. Terutamanya website US.
- Keyword.
- Kita offer servis terlalu murah ( akan disuspek guna pirate )

Suami miskin akan dihina isteri

Ulamak ada berkata... suami yang miskin akan dihina isteri.

Justeru itu, demi memastikan isteri dan ahli keluarga mendengar cakap suami, nak tak nak, suami perlu berusaha menjauhi kemiskinan. Mencari nafkah untuk keluar dari kemiskinan adalah suatu jihad.

Ia bukanlah satu sumpahan bagi kaum lelaki untuk dipaksa bekerja keras. Sebaliknya adalah satu rahmat dan cara mudah untuk mendapat pahala. Orang yang sabar dengan kepayaan hidup akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah. Malah, dengan alasan bekerja seperti inilah akan membuatkan segala titik peluh suami menjadi satu ibadah.

Bahkan, tidurnya orang yang penat bekerja juga akan dikira ibadah. Menjadikan masa kita tidak kerugian,  24 jam adalah ibadah.

Rahmat Allah itu luas.

Nampak malaikat maut?

Sewaktu di kampung minggu raya lalu, aku ternampak lelaki berbaju putih menuju ke arah aku. Ahlil keluarga lain tak nampak. Aku seorang je nampak, tetapi aku diamkan daripada memberitahu keluarga lain.

Selepas itu, sepanjang malam kepala aku sakit seperti ditekan kuat kiri dan kanan.
Masa tu aku fikir, nak mati je. Mungkin lelaki baju putih tu malaikat nak cabut nyawa aku.
Aku cuba nak update status FB. Kononnya akhir status FB aku sebelum mati adalah status yang baik-baik. Malangnya siang sebelum tu aku dah delete app FB sebab apps tu drain banyak battery handphone.

Sudahnya aku tak mati lagi masa tu.

Pengajaran: kalau dah tahu nak mati, patutnya aku buatlah solat sunat banyak2. Tak terfikir langsung masa tu. Mungkin sebab sakit sangat dan asyik ingat FB je. Jauhnya aku masa tu. Nasib baik umur masih ada.

Dapat Offer kerja lagi


Dapat offer jadi lecturer universiti lagi. Minat memang minat, tetapi terpaksa tolak demi famili.

Dalam kes ini, walaupun aku tolak. Tetapi kena cerita pada emak, isteri untuk beritahu anak/suaminya ini masih ada keupayaan profesional untuk menyara keluarga.

Job offer itself is a trophy for me.


Imam solat terawih rukuk dan sujud laju sangat.

Yang blah awal selepas 8 rakaat tu bukanlah sebab malas. Mungkin sebab tok imam sujud, rukuk, duduk antara 2 sujud cepat sangat. Jemaah terkejar-kejar dan tak puas nak hanyut berzikir dalam solat.
Sambung solat sendirian untuk 'bermanja' lebih dengan Tuhan. Antara sebab kenapa solat sunat terawih boleh dibuat sendirian, sebab ada jenis orang suka rukuk dan sujud lama-lama. Baca surah2 faveret dan hanyut dalam solat sendirian. Ikut masing-masing la. Sedih sebab ada ustaz yang melabel anak muda sebagai 'lembik' sebab cepat sangat give up solat terawih. Husnuzon... bersangka baik kepada orang lain.

Jangan memandang rendah orang yang tinggalkan solat witir di masjid.

Jangan memandang rendah pada yang tidak mengerjakan witir di masjid. Barangkali dia mahu terus 'bermanja' dengan tuhan secara bersendirian ataupun mahu reserve solat sunat lain pada waktu tahajjud ataupun mahu jadikan solat sunat witir sebagai penutup solat malamnya seperti mana yang diamalkan oleh Saidina Omar.

Tak salah solat witir kemudian solat sunat lain pada waktu tahajjud. Ia juga amalan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, sahabat nabi paling kanan. Ikut plan masing-masing la nak ikut mana. Asalkan jangan ada sikit pun memperlekehkan ijtihad seseorang.

Tujuan up pos ni sebab nampak rakan FB yang memerli secara berjemaah pada orang yang tinggal solat witir selepas terawih di masjid.

#donedakwah

TN50

Saya pernah dilamar melalui panggilan telefon menjadi duta TN50 bagi memberi idea dan inspirasi kepada rakyat. Tetapi saya gelakkan wakil government itu. "Saya looser kak. Kerja lukis kartun je, takda apa yang menarik pasal saya. Carilah orang lain."

Selang sebulan, ada lagi badan swasta nak hire saya jadi model syarikat diorang. Visinya hampir sama dengan TN50. Respond saya lebih kurang sama macam di atas tu.

Saya taknak bagi harapan palsu pada rakyat. Tanggungjawab besar.... more spotlight! More haters will come.

Doa dari seorang Tuan Guru.

Pagi ini rasa sangat happy kerana seorang Guru agama yang telah mengarang berbelas kitab doakan saya... "Ya Baari' aturkan kami berjiran di Firdaus Mu."

Rasa sebak pula.

Guru agama ini, dari luar je nampak garang, sebenarnya kalau kenal dekat, mereka seolah-olah anggap diri mereka ini manusia yang tiada apa-apa dan kerdil. Very humble.
Saya pula yang naik segan dengan beliau.

Hand spinner anak saya


via GIPHY

Anak saya yang tadika ini pun dah terjebak dengan benda ni. Katanya, kawan dia main benda ni di sekolah.
Dia seronok main dalam kereta je. Sampai rumah dah taknak main. Cepat sangat bosannya. Hahahaha

Uncle Stan Lee

Tiba2 teringat seorang atuk bernama Uncle Stan Lee. Kawan Gym saya di Sri Gombak. Aktif bersukan walaupun berusia 71 tahun. Nama dia cool kan? Kalau tahu apa pekerjaan dia, lagiiiii cool.
Siang jual senjata api. Malam jadi stage performer. Kadang2 jadi Michael Jackson, kadang2 jadi pondan. Dapat tahu pun selepas pelik kenapa dia joget macam Michael jackson depan cermin gym.
Tak padan dengan tua dia tu. Hahaha.

Video call 2

Sedang rancak video meeting dengan client, tiba-tiba anak saya panjat badan saya pula. Saya perasan minah saleh tu cuba tahan gelak tapi dia buat2 tak nampak. Harap2 dia tak viral-kan adengan itu.


Video call

Video call dengan client US sambil mengenakan imej berkopiah dan berjanggut. 

So... diri sendiri.


Pahlawan Bertopeng


Baru-Baru ini, saya menontong acara gusti MyPW ( Malaysian Pro-Wrestling ) dengan memakai topeng Lucha Libre. Sudah lama saya berimpian memakai topeng pada acara gusti. Tetapi baru minggu lalu saya berjaya merealisasikannya. Puas.

Kawan kata, "Rugi pakai topeng. Nanti masuk TV, orang tak cam kita." Saya langsung tak rasa begitu. Alang-Alang masuk TV, biarlah kelihatan 'outstanding' dan nampak perkasa. Saya tak kisah orang tak nampak muka saya, apa yang penting, saya mahu hidup di alam fantasi buat seketika pada event seperti ini.

Apabila saya memakai topeng gusti, seolah-olah saya berada di dunia gusti yang sebenar. Dunia gusti yang orang kata 'fake' itu automatik menjadi sangat 'real' pada saya apabila mengenakan topeng gusti. 'Feeling' dia rasa semacam. Saya menjadi lebih bersemangat untuk memberi sokongan dan boo pada ahli gusti yang buat persembahan.

Saya bercadang, akan terus memakai topeng pada acara-acara gusti akan datang. Hehe




Gambar saya bersama rakan-rakan dari Lalang Squad. Kami duduk di barisan pertama dan menyediakan pelbagai sepanduk gusti bagi mengandakan keseronokan menonton gusti.



3 Kenangan Manis Bersama The Undertaker

3 Kenangan Manis Bersama The Undertaker

2 April 2017. The undertaker kalah di tangan Roman Reign di Wrestlemania. saya tidak terkejut dengan kekalahan The Undertaker. Tidak juga terlalu frust seperti kekalahan beliau dengan Brock Lesnar beberapa tahun lalu. Saya sudah bersedia dengan kekalahan beliau.

Apa yang mencuit perasaan, di akhir match... beliau menanggalkan pakaian perang rasminya di tengah ring gusti. Seolah simbolik yang itu adalah match terakhirnya. Satu dunia bersedih dengan perbuatan tak dijangka itu.
Saya antara yang paling bersedih. Sehingga saat tulisan ini dikarang, saya masih berulang kali memainkan lagu The Undertaker walaupun peristiwa itu sudah berlalu hampir 12 jam lalu. Berikut adalah 3 peristiwa manis saya bersama The Undertaker.


1. Pernah datang lambat ke sekolah sebab jalan kaki ikut style The Undertaker dari rumah ke sekolah.
2. Pasang lagu The Undertaker atas treadmill... kemudian jalan perlahan-lahan ikut style Undertaker sambil buat mata putih.
3. Pakai cosplay Undertaker,lengkap dengan rambut palsu di asrama. Kebetulan ada budak tengah histeria... budak yang histeria tu menjerit ketakutan tengok saya. Budak tu ingat saya hantu. Akhirnya rambut palsu itu dibakar sambil disaksikan penghuni asrama yang lain.


Terima kasih, The Undertaker. Pakaian The Undertaker masih dibiarkan di atas ring gusti walaupun semua penonton dah balik rumah.






Nasi Ayam Double

Kejadian di gerai nasi ayam. Macam biasa, saya akan pesan ayam double. Hanya ada 2 pelanggan di situ. Saya, dan seorang awek Indonesia yang cantik jelita.

Awek Cantik Jelita: Eh, Banyaknya ayam? Saya tak makan ayam banyak2, nanti gemuk.

Saya: ( Senyum ) Dalam hati cakap, tak guna, depan-depan dia kutuk aku.

Penjual: Eh, mana ada gemuk. Cuba tengok abang ni, tak gemuk pun.

Saya cuba tegakkan badan dan tahan nafas supaya tak nampak gemuk sangat. Awek Cantik Jelita itu masih bersungguh tak puas hati dengan ayam yang saya pesan.

Awek Cantik Jelita: Yelah, makan ayam banyak nanti gemuk. Saya taknak gemuk.

Saya hanya diam sepanjang masa itu. Lebih kepada malu dengan awek itu sebab kutuk saya gemuk depan-depan. Selepas selesai, saya pun beredar. 

Sementara beredar, sempat terdengar pesan awek itu kepada penjual. 

Awek Cantik Jelita: Saya nak nasik lebih!

Penjual: Heh eleh! Kata taknak gemuk, tapi order nasi lebih. 


Saya: ( dalam hati ). Ha ha ha! Apa punya lawak la awek ini. 

Datang sejam awal sebelum Bengkel Kartun

Semasa remaja, hari Sabtu adalah hari yang paling dinantikan setiap minggu. Kerana pada hari itu, saya boleh belajar berkartun dengan Pak Jab di opis Gila-Gila. Disebabkan semangat nak tunjuk kartun pada Pak Jab. Saya selalu datang lebih awal daripada Pak Jab. Sejam sebelum opis Gila-Gila buka, saya sudah terpacak depan pejabat diorang. Walaupun opis dah bukak, tetapi kalau Pak Jab masih belum masuk opis, saya tetap akan menunggu di luar. Sampaikan Pak Jab terpaksa pesan pada seorang anak angkatnya. "Amirul, kalau nampak Alif depan opis, suruh dia masuk. Dia tu takkan masuk selagi saya tak masuk." Ada sekali tu, penjaga Creative Corner sendiri yang paksa saya masuk ke dalam opis. Mungkin kesian tengok budak gemuk berdiri lama-lama depan opis mereka. Begitulah keadaan saya yang amat bersemangat untuk jumpa Pak Jab.

Selepas SPM, nak jadi pelukis kartun pro

Punyalah pemalu. Semasa hari keputusan SPM, sayalah orang paling last ambik result. Lepas Asar baru ambik. Padahal masa tu duduk asrama. Jarak antara asrama dan tempat result hanya beberapa tapak sahaja.

Mesti ada yang pelik, bagaimana result SPM belum ambik, saya sudah duduk di asrama. Sebenarnya, selepas SPM, saya sambung latihan MLVK tahap 3 di KYM. Waktu menunggu SPM, masa saya diisi dengan latihan MLVK bidang kejuruteraan elektronik. Nampak macam ada wawasan kan? Padahal masa itu, saya dah bosan gila dengan elektronik ni. Tak nampak halatuju saya dalam bidang ni walaupun saya antara best student di situ.
Meyandang tittle best student masa tu, saya buat keputusan mengejut dengan berhenti belajar di KYM. Ia seminggu selepas result SPM keluar. Saya keluar asrama secara spontan tanpa banyak berbincang dengan emak dan lecturer. Kawan-Kawan asrama pun tak tahu tindakan drastik saya ini. Hanya sorang dua sahaja yang tahu, itupun mungkin mereka ingat saya main-main.

Tak pasti apa perasaan lecturer masa tu. Adakah mereka hampa ataupun happy dengan tindakan saya itu.  Ketika itu, saya tak kisah apa perasaan orang sekeliling. Yang saya tahu, saya mahu bebas dan memilih kehidupan saya sendiri.


"Tak mahu belajar elektronik lagi. Aku nak jadi pelukis kartun profesional." Tekad saya dalam hati. Bertambah konfiden, masa tu kartun saya dah kerap disiar di surat khabar Harian Metro dan ruangan bakat baru Gila-Gila. Saya nampak masa depan saya selepas SPM adalah menjadi pelukis kartun profesional.

Perasaan saya ketika naik bas dari Melaka ke Stesen Bas Klang umpama diri saya ni macam hero drama Melayu. Berhijrah ke kota raya demi mengejar impian.

Tetapi entah macam mana, saya end up sebagai penjual nasi lemak di sunway pyramid dan hanyut dengan kemewahan gaji sebagai penjual nasi lemak. Kalau dicampur-campur dengan bonus harian, gaji masa tu ada la dalam RM2000. Kira agak mewah la masa tu. Hidup bujang, menumpang rumah emak pula tu. Duit tu semua buat enjoy aje la. Hanyut.... dan terus lupa pasal cita-cita asal nak jadi pelukis kartun.

kerja 14 jam sehari. Balik rumah terus tidur. Tiada masa untuk melukis kartun.

HAHAHAHA!

Anak peniaga cendol mati mengejut

Beberapa minit selepas saya beli air cendol semalam, anak penjual cendol yang turut ada di situ meninggal dunia. Meninggal mengejut. Tiada tanda sakit dan bukan juga sebab kemalangan.
Kalau selalunya pasangan peniaga ini buka radio, kebetulan semalam mereka pasang ayat Quran. Keadaan sebelum kejadian agak tenang. Seperti tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.
Yelah... siapa jangka kan? Dalam keadaan tenang itu, ajal anak peniaga itu pun sampai. Tak kira usia, tempat, sihat ataupun sakit. Kalau Tuhan nak cabut nyawa time tu... cabutlah.

Langgar Orang

Seumur hidup aku. 2 kali langgar harta orang. Tetapi orang tu lari apabila tengok aku datang minta maaf.
1. Langgar pintu pagar hotel di Subang Jaya. Aku keluar nak minta maaf, pak guard tu lari masuk dalam bilik guard.
2. Langgar kereta yang parking depan rumah. Aku keluar kereta nak minta maaf, orang tu tutup tingkap dan pura-pura tiada dalam rumah. Nak minta maaf pun susah. Tapi bagus juga, save duit aku.


Arwah Ayah meninggal dunia pada usia saya sekarang.

Time hantar anak tadi. Teringat zaman saya tadika. Saya cakap pada ayah, malu dengan kawan2 sebab ayah ambik saya dalam keadaan comot. "Lain kali jangan ambik alif lagi."
Ayah comot sebab dia buat part time repair motor dan kereta di rumah.
Seminggu selepas kejadian tu, ayah pun meninggal dunia. Sama umur dengan saya sekarang, 32 tahun.