Tak minat buat talk.

Tahun 2017, aku pernah di-offer untuk jadi duta kecil TN50. Sebelum ini pernah beberapa kali di-offer menjadi pensyarah di 2 kolej.

Januari 2018 ini sahaja, 3 kali ditawarkan untuk membuat talk peringkat kebangsaan.

Semuanya aku tolak dengan hati lapang. Ada beberapa alasan kukuh untuk menolak tawaran best2 ini. Antaranya...

1. Nak fokus kerja sekarang.
2. Tak minat buat talk.
3. Tidak mahu terlalu dikenali.
4. Tak mahu orang sangka aku kaya raya.
5. Tak mahu jadi model masyarakat. Aku ni bukannya baik sangat pun.

.

Lawan dengan Mat Gam

Lawan dengan Mat Gam ( kisah betul ).
Semalam terserempak dengan Mat Gam di padang permainan. Mamat tu boleh bersilat depan saya. Habis semua orang ramai pakat2 tengok kami.
Mungkin mereka harapkan kami akan bergaduh. Tetapi tidak. Saya sekadar berdiri depan dia dan dia buat bunga silat. Gerakan silatnya kelakar macam kartun, tetapi saya tak ketawa, saya tengok dengan muka garang. Harap2 dia sangka saya polis dan lari dari situ.
Lama-Lama tengok, kesian pula dengan mamat tu. Kalau nak rakam video, malu kat dia. Saya pun malas layan, pergi tinggalkan dia.