Lelaki misteri Ultimate Warrior

Selesai menonton Spiderman 3 hari lepas... saya ditenung seorang pakcik misteri berbadan tegap berjaket jeans.

Rasa macam kenal pakcik misteri tu tetapi saya teragak-agak nak menegur takut salah orang.

Selepas jarak kami agak jauh, saya menoleh ke belakang untuk melihat pakcik misteri itu sekali lagi. Ternampak tulisan pada jaket beliau, "Ultimate Warrior".

Sah! Itu Abang Dharma Harun! Pelakon Sikit Punya Gila dan Adik Manja. Beliau memang peminat tegar gusti.

Malamnya saya terus layan filem Adik Manja di Youtube.

No comments:

Post a Comment