Makan banyak untuk kurus. Dari 128kg kepada 95kg.

Makan banyak untuk kurus. Dari 128kg kepada 95kg.

Apabila badan aku gemuk semula. Aku memaksa diri berlari 6-10Km dan makan nasi hanya beberapa cubit sehari. Selepas sengsara beberapa bulan, hasilnya tak ke mana. Hanya penat dan lapar yang dapat. Kawan-Kawan dan jiran ramai terkejut aku makin gemuk. Padahal aku terseksa menguruskan badan. Orang tak nampak usaha aku.

Lihat... gambar Antara April 2014 dan Ogos 2014 tiada banyak beza. Padahal hari2 aku terseksa menguruskan berat badan. Huuu...





Memang down.... jantung makin lemah. Nak baca Al-Fatihah pun tersemput-semput..

Kemudian aku ubah rutin. Aku kurangkan lari dan perbanyakkan buat compound exercise. Aku cuba makan seperti manusia normal, makan nasi 3 kali sehari. Nasi lemak, roti canai semua aku bedal. Reason aku berani makan semua ini, sebab aku lihat ramai abang sado makan menu ini. Jadi, aku try la. Hasilnya, amat mengujakan... badan aku turun dengan pantas.

Keadaan makin kemuncak apabila aku dapat anak ke-2 Januari lalu. Masa terbatas sebab jaga isteri dan baby baru. Masa di gym makin terbatas. Nak tak nak, terpaksa angkat bebanan paling berat supaya aku cepat letih dalam masa kurang 1 jam dan dapat kembali ke rumah menjaga anak isteri. Hasil yang ini lebih mengujakan. Belly fat aku makin hilang pada fasa ini dan kekuatan aku meningkat. Aku teruja.


Banyak lagi cerita2 try and error aku. Ini hanyalah ringkasan yang aku dapat kongsikan. Kesimpulannya. Hujung tahun ini aku akan lebih kuat berbanding Brock Lesnar.