Tenaga luar biasa tetapi jantung hampir berhenti.

Hari ini, aku mengamalkan OMAD ( One Meal a Day ) buat hari yang ke -12. Pada jam yang ke-20 berpuasa, aku masih bertenaga dan segar.

Seperti kebiasaan, aku mengisi waktu pagi dengan mengangkat besi dan berbasikal di gym. Beberapa jam kemudian, aku sekeluarga bersiar di Planetium Negara dan ke rumah emak di Petaling Jaya. 

Namun, tenaga aku masih banyak. Tiada rasa lapar walaupun sudah lebih 24 jam tidak makan.

Perasaanku bercampur antara gembira dan risau. Adakah ini normal? Aku sentiasa bertenaga tetapi badan aku menjadi sejuk semacam. Seluruh ruang dalam badan aku seperti disiram air sejuk. Isteri tegur muka aku kelihatan pucat.

Isteri suruh aku makan untuk dapatkan tenaga tetapi aku menolak sebab tak rasa lapar.

Keadaan berterusan sehinggalah aku terasa jantung aku nak berhenti. Akhirnya aku mengalah dan memaksa diri makan secubit roti gardenia berperisa coklat. Alhamdulillah... automatik badan aku kembali normal dan wajah pucat pun hilang.


Inilah pengalaman pertama aku seumpama ini. Aku berjaya unlock perasaan lapar dan keluarkan tenaga tanpa habis. Namun, aku masih manusia dan jantungku masih memerlukan energy untuk terus beroperasi.

Aku kena master trick ini untuk persediaan kecemasan pada masa hadapan.

Qarin ajak sparring workout

 Minggu lalu, Qarin aku muncul di dalam gym. Tengok gaya, macam nak join workout. 

Di-offer masuk ke alam ghaib

Beberapa minggu lalu, selesai solat Isyak, aku didatangi seorang misteri yang offer untuk masuk ke alam ghaib. Pada awalnya aku nak try, tetapi selepas teringat kisah nabi dan sunnatullah kejadian manusia.... aku menolak dengan baik. Namun begitu, memang kadang2 aku terlihat makhluk ghaib. Ini bukan aku pinta. Semuanya secara tanpa sengaja.

Mimpi Bertemu Rasulullah

Semalam, sekali lagi aku bermimpi bertemu Rasulullah. Kali ini, tak berpeluang tatap wajah baginda sebab aku segan.

Namun, itu cukup mengembirakan aku dan kagum dengan akhlak baginda.

Hari ini, seluruh badan aku rasa nyaman. Perasaannya seperti lepas mandi sungai dan nyamannya agak berpanjangan.

Oh ya. Bagaimana mahu dapat mimpi Rasulullah? Mudah sahaja... selawat la banyak2 setiap masa. Pastikan selawat itu berkualiti. Nak dapat selawat yang berkualiti, perbanyakkan dengar dan baca sejarah Rasulullah. InsyaAllah.


Jin merge dengan haiwan

Sekadar pandangan peribadi. Jin banyak merge dengan binatang. Ada muka macam anjing, ada macam lalat, ada rupa manusia, badan pula berbulu. Tak semua merge dengan binatang. Tetapi kebanyakannya.


Teringat sekumpulan lanun jahat daam komik One Piece. Majoriti crew mereka adalah campuran antara manusia dan binatang.



Bagaimana rupa jin?

Aku tak pernah nampak jin secara direct melainkan samar2, ataupun asap pekat.

Paling jelas pun nampak susuk tubuh seperti manusia tetapi tak nampak muka dengan jelas. Penglihatan kita macam orang rabun jauh. Asap dan bayang paling selalu.