Kenangan lucu di MPH

Kenangan lucu di MPH.

Sekitar tahun 2007-2008. Berlaku ketika magician Amar promosikan buku silap mata di MPH. Kebetulan waktu itu, aku baru selesai workout di GYM sebelah MPH, jadi aku datang la melihat Amar buat promosi.

Tiba-Tiba team Amar suruh aku jadi pengacara majlis kerana pengacara asal tak dapat datang. Team Amar tu pun kawan aku. Dia tahu, aku pun memang minat magic.
Aku menolak, "Aku tak pandai cakap. Biarlah Amar sendiri yang handle. Dia artis."
Member balas, "Amar yang request. Dia nak kau ganti jadi pengacara."


Dah la Amar tu artis popular. Magician terkenal pula tu. Rasa segan pula nak handle majlis orang hebat ni. Tetapi dah orang percayakan aku, maka aku buatlah.
Akhirnya, sewaktu Amar buat silap mata, aku buat sound effeck guna mulut diselangi beatbox.
"Zuup!"
"Ting!"
"Wooop!"
Itu la modal aku sampai ke sudah. Dah macam cerita kartun jadinya.

Sampai sekarang aku tak tahu apa perasaan Amar masa tu.









Buat magic selepas 9 tahun menyepi



Inilah format magic aku yang baru.

Dah lama tak buat magic, tiba2 pula buat magic. Ini penangan PKP la ni. Boring punya pasal.  Hahaha!

Segan nak share di FB, situ ramai magic hackers. Aku abadikan di sini sebab sini sunyi sikit.


,

Langit Unggu



Semalam, aku nampak cahaya unggu meliputi langit. Bukan mimpi. Tetapi secara sedar. Hanya aku yang nampak, anak bini tak nampak.

Lalu, aku edit dalam photoshop dan letakkannya di Facebook. Maka, kenalan2 aku pun pelik dengan gambar itu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157617819988191&set=a.10157221205713191&type=3&theater

Hari ini, gempar di seluruh negara, ramai dapat menyaksikan fenomena alam ini secara real. Bukan aku seorang sahaja.


Adakah apa yang aku nampak semalam sejenis decode ataupun time travel? Wallahualam








Marilah kita saksikan kehebatan Tuhan bersama-sama. Masya-Allah!

Link video
https://www.facebook.com/100003006031165/posts/2808009795975861/




Tak dapat BPN

Hari ni adalah hari ke 53 seluruh rakyat Malaysia berkurung. Tak boleh ke luar rumah dan bekerja. Ramai yang gelisah sebab kehilangan punca pendapatan. Tak tahu nak bagi anak bini makan apa sebab duit habis dalam simpanan.

Bantuan kerajaan BPN adalah 'tongkat' yang diharapkan ramai orang ketika ini. Namun...

... ramai yang merintih di FB sebab tak dapat BPN.

Aku sama seperti majoriti yang permohonannya ditolak. Iaitu sebab ada nama di SSM. Sepatutnya aku pun patut turut merintih pasal ni.

dah la bulan ni aku banyak buat extra payment...

- Insuran kereta
- Renew SSM
- Renew Domain
- Pindah domain
- Kereta breakdown
- Pengajian kelas online
- Road tax

Takda gaji tetap pula tu. Hahahaha!

Pada aku, sebagai ahli SSM, mereka dah terlatih bertindak agresif dan kreatif untuk mencipta pendapatan sendiri. Golongan ni bukan kumpulan yang biasa berharap duit jatuh dari langit.

Aku doakan, rakan2 freelance dan peniaga yang ada SSM, terus dimurahkan rezeki dan jalan terus. Jangan buang masa merintih di media sosial.

Kita ada kumpulan survival!