Kenangan lucu di MPH

Kenangan lucu di MPH.

Sekitar tahun 2007-2008. Berlaku ketika magician Amar promosikan buku silap mata di MPH. Kebetulan waktu itu, aku baru selesai workout di GYM sebelah MPH, jadi aku datang la melihat Amar buat promosi.

Tiba-Tiba team Amar suruh aku jadi pengacara majlis kerana pengacara asal tak dapat datang. Team Amar tu pun kawan aku. Dia tahu, aku pun memang minat magic.
Aku menolak, "Aku tak pandai cakap. Biarlah Amar sendiri yang handle. Dia artis."
Member balas, "Amar yang request. Dia nak kau ganti jadi pengacara."


Dah la Amar tu artis popular. Magician terkenal pula tu. Rasa segan pula nak handle majlis orang hebat ni. Tetapi dah orang percayakan aku, maka aku buatlah.
Akhirnya, sewaktu Amar buat silap mata, aku buat sound effeck guna mulut diselangi beatbox.
"Zuup!"
"Ting!"
"Wooop!"
Itu la modal aku sampai ke sudah. Dah macam cerita kartun jadinya.

Sampai sekarang aku tak tahu apa perasaan Amar masa tu.









No comments:

Post a Comment