Sifat mazmumah.


Setiap kali aku terjumpa toksid people ataupun killjoy di internet, aku nampak sifat mazmumah pada diri aku.

Sifat bersangka buruk aku yang melabelkan mereka begitu. Padahal mereka baik2 sahaja.




Dapat BPN ( Bantuan Prihatin Nasional ) dengan cara menipu

 "Kau tak dapat BPN sebab tak bayar cukai." Kata ketua jabatan bini aku kepadanya. "Tengok macam aku, dapat BPN. Rakyat yang bertangungjawab." Sambungnya dengan bangga.

Lansung tiada perasaan simpati. Malah menghina dan membangga diri. Wahai boss, tahukah kamu. Kami tak layak dapat BPN sebab saya ( suami ) ada lesen SSM? Cukai? Saya juga istihar harta di LHDN. Adakah saya tak bertangungjawab pada negara? Kamu... suami kamu berjawatan tinggi dalam kerajaan, malah ada bisnes persendirian. Kalau dikumpulkan jumlah pendapatan kamu berdua, pasti lebih RM8000 dan tak layak terima BPN. Belum sebut pasal suami kamu meniaga tanpa lesen SSM. Kamu lakukan 2 penipuan untuk dapat BPN. Kami yang tak berapa kaya ini pun tak sanggup menipu dan meniaga tanpa lesen SSM seperti kamu. Jadi, "Shut your mouth! And know your role!"