Selamat tinggal, Abang GG.

Hari ini abang ipar aku meninggal mengejut. Motornya dilanggar babi hutan.

Kebetulan arwah seorang yang bijak dan suka menulis diari. Di dalam diarinya penuh tulisan dan lukisan kartun arwah. Kebanyakan gambar orang menangis dan kesakitan.

Melihat diari arwah, aku laki bini menangis... rupa2nya dia dah bersedia nak meninggal. Macam2 pesanan dia tulis buat adik-adiknya. Seolah-olah dah tahu masa dia dah hampir tiba.

Yang aku buat aku menangis dan respek pada arwah. Walaupun hidupnya diuji dengan dahsyat, sedikitpun tak pernah mengeluh dan marah2.

Arwah orang yang sopan, penyabar, ceria dan suka menolong.

Tak pernah dengar sekalipun arwah cerita masalahnya pada kami. Malah, dalam diari peribadinya itu pun hanya tulis secara umum. Seolah-olah tidak mahu adik beradik tahu masalahnya walaupun melalui diari.

Tetapi beberapa catatan dalam tu amat menyentuh perasaan. Dapat bayangkan betapa redha-nya dia dengan nasib malangnya. Selain luahan perasaan, arwah juga ada menulis doa qunut dengan tulisan khat. Cantik.

Aku tersentak. Terus flashback detik2 aku bersama arwah. Sentiasa tenang walaupun sebenarnya dirinya lama diuji kesempitan.

Berbeza dengan aku, walau hanya susah sikit, kadang2 mengeluh juga tanpa sengaja. Malu aku dengan arwah.

Arwah Abang GG pergi dalam keadaan baik seperti tidur.

No comments:

Post a Comment