Uncle Stan Lee

Tiba2 teringat seorang atuk bernama Uncle Stan Lee. Kawan Gym saya di Sri Gombak. Aktif bersukan walaupun berusia 71 tahun. Nama dia cool kan? Kalau tahu apa pekerjaan dia, lagiiiii cool.
Siang jual senjata api. Malam jadi stage performer. Kadang2 jadi Michael Jackson, kadang2 jadi pondan. Dapat tahu pun selepas pelik kenapa dia joget macam Michael jackson depan cermin gym.
Tak padan dengan tua dia tu. Hahaha.

Video call 2

Sedang rancak video meeting dengan client, tiba-tiba anak saya panjat badan saya pula. Saya perasan minah saleh tu cuba tahan gelak tapi dia buat2 tak nampak. Harap2 dia tak viral-kan adengan itu.


Video call

Video call dengan client US sambil mengenakan imej berkopiah dan berjanggut. 

So... diri sendiri.


Pahlawan Bertopeng


Baru-Baru ini, saya menontong acara gusti MyPW ( Malaysian Pro-Wrestling ) dengan memakai topeng Lucha Libre. Sudah lama saya berimpian memakai topeng pada acara gusti. Tetapi baru minggu lalu saya berjaya merealisasikannya. Puas.

Kawan kata, "Rugi pakai topeng. Nanti masuk TV, orang tak cam kita." Saya langsung tak rasa begitu. Alang-Alang masuk TV, biarlah kelihatan 'outstanding' dan nampak perkasa. Saya tak kisah orang tak nampak muka saya, apa yang penting, saya mahu hidup di alam fantasi buat seketika pada event seperti ini.

Apabila saya memakai topeng gusti, seolah-olah saya berada di dunia gusti yang sebenar. Dunia gusti yang orang kata 'fake' itu automatik menjadi sangat 'real' pada saya apabila mengenakan topeng gusti. 'Feeling' dia rasa semacam. Saya menjadi lebih bersemangat untuk memberi sokongan dan boo pada ahli gusti yang buat persembahan.

Saya bercadang, akan terus memakai topeng pada acara-acara gusti akan datang. Hehe




Gambar saya bersama rakan-rakan dari Lalang Squad. Kami duduk di barisan pertama dan menyediakan pelbagai sepanduk gusti bagi mengandakan keseronokan menonton gusti.



3 Kenangan Manis Bersama The Undertaker

3 Kenangan Manis Bersama The Undertaker

2 April 2017. The undertaker kalah di tangan Roman Reign di Wrestlemania. saya tidak terkejut dengan kekalahan The Undertaker. Tidak juga terlalu frust seperti kekalahan beliau dengan Brock Lesnar beberapa tahun lalu. Saya sudah bersedia dengan kekalahan beliau.

Apa yang mencuit perasaan, di akhir match... beliau menanggalkan pakaian perang rasminya di tengah ring gusti. Seolah simbolik yang itu adalah match terakhirnya. Satu dunia bersedih dengan perbuatan tak dijangka itu.
Saya antara yang paling bersedih. Sehingga saat tulisan ini dikarang, saya masih berulang kali memainkan lagu The Undertaker walaupun peristiwa itu sudah berlalu hampir 12 jam lalu. Berikut adalah 3 peristiwa manis saya bersama The Undertaker.


1. Pernah datang lambat ke sekolah sebab jalan kaki ikut style The Undertaker dari rumah ke sekolah.
2. Pasang lagu The Undertaker atas treadmill... kemudian jalan perlahan-lahan ikut style Undertaker sambil buat mata putih.
3. Pakai cosplay Undertaker,lengkap dengan rambut palsu di asrama. Kebetulan ada budak tengah histeria... budak yang histeria tu menjerit ketakutan tengok saya. Budak tu ingat saya hantu. Akhirnya rambut palsu itu dibakar sambil disaksikan penghuni asrama yang lain.


Terima kasih, The Undertaker. Pakaian The Undertaker masih dibiarkan di atas ring gusti walaupun semua penonton dah balik rumah.