Selamat tinggal, Abang GG.

Hari ini abang ipar aku meninggal mengejut. Motornya dilanggar babi hutan.

Kebetulan arwah seorang yang bijak dan suka menulis diari. Di dalam diarinya penuh tulisan dan lukisan kartun arwah. Kebanyakan gambar orang menangis dan kesakitan.

Melihat diari arwah, aku laki bini menangis... rupa2nya dia dah bersedia nak meninggal. Macam2 pesanan dia tulis buat adik-adiknya. Seolah-olah dah tahu masa dia dah hampir tiba.

Yang aku buat aku menangis dan respek pada arwah. Walaupun hidupnya diuji dengan dahsyat, sedikitpun tak pernah mengeluh dan marah2.

Arwah orang yang sopan, penyabar, ceria dan suka menolong.

Tak pernah dengar sekalipun arwah cerita masalahnya pada kami. Malah, dalam diari peribadinya itu pun hanya tulis secara umum. Seolah-olah tidak mahu adik beradik tahu masalahnya walaupun melalui diari.

Tetapi beberapa catatan dalam tu amat menyentuh perasaan. Dapat bayangkan betapa redha-nya dia dengan nasib malangnya. Selain luahan perasaan, arwah juga ada menulis doa qunut dengan tulisan khat. Cantik.

Aku tersentak. Terus flashback detik2 aku bersama arwah. Sentiasa tenang walaupun sebenarnya dirinya lama diuji kesempitan.

Berbeza dengan aku, walau hanya susah sikit, kadang2 mengeluh juga tanpa sengaja. Malu aku dengan arwah.

Arwah Abang GG pergi dalam keadaan baik seperti tidur.

Amalan merawat diri

Jika terkena selsema ataupun tak sihat badan. Ini amalan saya dan Alhamdulillah, kesan pulih secara instant dalam beberapa saat ataupun minit.

Sebelum buat amalan ni, kena lazimkan diri baca zikir, lahaula walakuata illabillah aliyil adzim ( Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung." )

Lagi cantik jika kerap istighfar astagfirullahaladzim (Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung )

Keyword di sini, kita mahu bertawasul dengan nama Allah yang mulia ini... "Al Adzim" ( Yang maha agong ).

Langkah utama ( kesan instant. InsyaAllah ).

Amalkan solat sunat. Buat dengan tenang, setiap pergerakan dilakukan secara slow motion untuk lebih tenang.

Ketika rukuk, selepas habis bacaan rukuk, panjangkan rukuk dengan sebut Al A'dzim imagine mghapuskan smua virus sambil tarik nafas tenang ke dlm dada,perut n sluruh badan. Hembus imagine renew.


InsyaAllah, kesan secara instant. Syaratnya, kena yakin. Bagaimana yakinnya Asif pindahkan istana Balqis.