Tawaran masuk TV Al-Hijrah sekali lagi.

Petang tadi, Aizat Razat Voice Message melalui whatsapp,  dengan suaranya yang sopan, lebih kurang beginilah dia cakap, "Alif, esok free tak? Nak jemput ke TV-Al Hijrah, bercerita pasal motivasi kuruskan badan."

Aizat adalah icon Jom Kurus Satu Malaysia.

Ini adalah kali kedua berpeluang masuk di TV Al-Hijrah. Kali pertama, pasal animasi. Kali kedua ini pula, pasal motivasi kuruskan badan.

Sayangnya, aku terpaksa menolak tawaran ini sebab sibuk menguruskan anak-anak. Lagi pula badan aku pun taklah kurus seperti awal2 dulu. Rasa macam tak sesuai dengan tema yang mahu dikongsikan.

Ini badan terkini aku. Pasti penerbit kecewa kalau nampak mamat ni berkongsi pasal kuruskan badan. Hahaha.

Maka, sebelum penerbit reject aku, baiklah aku reject tawaran ni awal-awal.


No comments:

Post a Comment