Tiada siapa yang pulang dengan tangan kosong selepas 'mengetuk pintu' Allah.


 Tiada siapa yang pulang dengan tangan kosong selepas 'mengetuk pintu' Allah.

Halusinasi ataupun jin?


Pengalaman seperti nampak cahaya putih ketika berzikir biasa berlaku.
Didatangi makhluk2 misteri pun ada.
Dibedah makhluk asing dan bulan terjah aku pun pernah.
Tengok muka orang tiba2 berubah menjadi binatang juga pernah.
Pernah ceritakan hal ini, tetapi orang akan memandang aneh pada aku. Hal ini berlaku sejak aku zaman kanak2, jadi... akhirnya aku pendam.
Setakat ni, aku anggap ini semua halusinasi dan permainan makhluk ghaib. Alhamdulillah, Allah izinkan aku jaga solat cukup waktu sejak kanak2 hingga sekarang. Tiada permainan sihir.
Cuma dah dewasa ni, ramai pula claim alami pengalaman yang sama. Kiranya ada geng la. Bezanya mereka kaitkan itu dengan agama, aku pula anggap ia sekadar peristiwa

Makna sebenar lagu "Hijab Kekasih"

 

Makna sebenar lagu "Hijab Kekasih"

Salinan komen dari Syed Seth Benyahya (Seth) pada video "Hijab Kekasih" dalam Youtube MuzikNusantara: http://youtu.be/9T_62nPAS9k, pada Ahad, 18th Desember, 2011.

 

Salam semua,Disini saya terpanggil untuk membetulkan keadaan yang tersalah sangka sebilangan You Tube creator. Nama saya Syed Seth Benyahya atau lebih dikenali ' Seth ' dalam penulisan lirik dan saya jugak adalah penulis lirik Hijab Kekasih. Selain Hijab Kekasih, banyak lagi lagu-lagu yang saya tulis seperti Senja nan Merah, Seloka cak kun cak dan lain-lain lagi.Di sini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya cerita di sebalik Hijab Kekasih...

 

Hijab Kekasih mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang namanya saya lupa akan tetapi saya terpanggil untuk menulis tentangnya kerana setiap kali saya terbaca kisahnya saya terasa amat sebak sakali sehingga boleh mengalirkan air mata. Ia mengisahkan seorang sahabat nabi yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang.

 

Lalu pada satu hari dia berjumpa Nabi dan ceritakan masalah beliau dan Nabi pun menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang kenalan Nabi untuk meminangkan dengan anak gadisnya. Kebetulan pula anak gadisnya seorang gadis yang amat cantik sekali di kalangan gadis-gadis tempatan. Apabila dia bertemu dengan si Ayah, si Ayah menolaknya mentah-mentah, lalu dia pun pergi dengan hati yang luruh.

 

Kebetulan pada masa dia meluahkan pada si Ayah apa yang tersirat didengar oleh anak gadisnya lalu dia tegur pada si Ayah dan berkata, tidakkah yang menghantar pinangan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.? tersentap hatinya apabila dia mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi dan menerima pinangan itu, lalu sahabat tu dinikahkan.

 

Selesai sahaja dinikahkan diumumkan pula oleh Saidina Omar untuk memanggil semua pemuda-pemuda untuk pergi berperang pada keesokannya dan dialah orang ( sahabat Nabi yang hitam ) yang pertama menyahut panggilan itu dengan pun belum berjumpa dengan isterinya yang baru dinikahinya. Sebelum dia berangkat kemedan perang, dia telah dibekalkan sehelai kain hijab oleh isterinya dan kain hijab itulah pengubat rindu di malam hari semasa di kemah peperangan dengan dipegan erat dan disitu permulaan lirik.

 

Pemuda itu telah mati syahid dalam peperangan itu. Itu adalah serba sedikit cerita tentang lirik Hijab Kekasih yang sempat saya coretkan dalam ruangan ini supaya dapat dikongsi bersama. Wassalam.

 

http://www.youtube.com/user/muziknusantara

http://www.youtube.com/user/syedseth



Sahabat berkenaan adalah, HANZALAH

Hampir jadi pelakon terkenal

Selesai shooting dokumentari aksi lasak pada tahun 2014, aku dapat tawaran berlakon drama.

Diorang suruh aku standby untuk watak jahat seperti perompak, kaki pukul, perogol. Diorang suka tengok aku bercakap dan lawan2. Aku tak ambik job tu sebab sibuk jaga anak2. Hampir jadi artis ni.