Dakwah Membabi Buta

Aku pernah berjumpa bomoh untuk 'sekolah'kan bomoh yang buat kerja sesat. Boleh pula ustaz FB kata amalan aku tak diterima 40 hari sebab jumpa bomoh.


Ini namanya dakwah membabi buta. Bukankah perbuatan melawan kesesatan satu tuntutan? Takkan nak duduk diam je?Tak pasal2 member yang tak tahu hujung pangkal ingat aku sesat juga.

Mini Gym di rumah


Mini gym dalam bilik utama.

Aku angkat besi, isteri dan anak2 pula tengok sambil baring atas tilam.

Wah! Macam tengok aku buat tiger show pula diorang ni.

Aku Ustaz Palsu

Dalam dunia ni, hanya yang ada tittle ustaz je boleh kongsi hal agama. Orang biasa tak boleh, nanti dituduh sesat.

Aku dah kena banyak kali dah. Last2 aku buat fake akaun, menyamar jadi ustaz di FB. Alhamdulillah, trick aku berjaya.
Smiling face with open mouth and cold sweat

Orang Bunian Berselawat

Sewaktu aku belajar di Kolej Yayasan Melaka, aku pernah dengar sekumpulan lelaki berselawat beramai-ramai.

Hairannya, ia berlaku di lewat malam dan hanya aku seorang yang mendengar.

Aku tidak takut dan tak terfikir apa-apa yang buruk. Baguslah dengar orang selawat. Kalau dengar suara nenek mengilai, mungkin jadi cerita lain. hahahaha

Prank Jin guna cosplay The Undertaker


Setiap kali Halloween, aku teringat pernah prank jin semasa belajar di Kolej Yayasan Melaka dulu.


Jin rasuk kawan aku.

Aku jumpa kawan yang dirasuk tu.

Kawan yang kena rasuk tu makin takut tengok aku sampai tak terkata.

Puncanya sebab aku datang dengan lagak The Undertaker WWE.

Alam ghaib pun ada kuasa viral.

Bekas Decoders yang aktif di FB.

Saya share dalam bentuk visual. Tanpa sebarang teks. Sebar decode dalam bentuk code.




Bukan rasa2 dan teori. Memang nampak depan mata.


Apa yang aku nampak, sama macam apa yang guru2 nampak. Serentak.


Alam ghaib pun ada kuasa viral.

Makan Buku

Banyak membaca belum tentu pandai.

Bergantung pada jenis buku apa yang dibaca.

Baca buku merapu, otak jadi merapu.
Baca buku ilmiah, otak jadi tahu.

Macam makanan juga.

Banyak makan junk food, badan jadi gemuk dan lembik
Banyak makan clean food, badan jadi besar dan perkasa

Eat right food,
Read right book.

Guru silat aku bagi warning... jangan berzina.

Tiba2 guru silat aku bagi warning... jangan berzina.

Dalam hati aku, "Senang je tu. Takkanlah aku nak berzina."

Tak lama selepas tu, datanglah pelbagai ujian dahsyat yang membawa aku hampir kepada zina. Tak digoda secara nyata, ia datang dari alam ghaib.
Alhamdulillah aku masih clean dan akan terus clean. InsyaAllah. Moga Allah terus lindungi aku.

Azan tanpa henti dari jam 2.30 pagi.

Malam semalam berlaku peristiwa besar. 2-3 jam kedengaran suara azan dari langit. Sayup2 suara orang azan. Dari jam 2.30 pagi, hinggalah sekitar jam 4 pagi ( sebab aku terlelap ).

Malam tadinya pula, waktu yang hampir sama, aku dengar suara orang mengaji. Mungkin ini mahu memberi semangat pada orang yang bertahajjud. Wallahualam

Daging Arnab

Beli daging arnab, seekor RM40. Time makan, aku terbayang arnab comel, terus spoil dan rasa nak muntah.... sudahnya masakan arnab tu terbiar begitu sahaja.

Itu la last time aku beli daging arnab.
Smiling face with open mouth and cold sweat