Hampir jadi pelakon terkenal

Selesai penggambaran dokumentari aksi lasak pada tahun 2014, aku menerima tawaran berlakon drama.

Mereka meminta aku bersedia untuk watak jahat seperti perompak, kaki pukul, dan perogol. Mereka suka melihat cara aku bercakap dan berlawan.

Namun, aku menolak tawaran tersebut kerana sibuk menjaga anak-anak.

Saja tulis di sini sebagai kenangan yang aku hampir jadi pelakon.

Orang Vietnam Karate Kepala Anjing

Petang tadi berbual dengan bekas bos kilang era 80-90an. Dia bercerita pasal skill luar biasa orang Vietnam yang pernah bekerja di kilangnya.




Tidur Halimunan.
Disebabkan tahun 80-an negara mereka baru berperang dengan US. Antara skill survivor yang mereka kuasai adalah bersembunyi tanpa jejak. Sewaktu dia buat spot check di asrama pekerja jam 3 pagi... dia terkejut, asrama kosong. 

Rupa2nya pekerja Vietnam tidur di kawasan2 tersorok seperti bawah meja, katil dan mana2 bahagian yang orang susah nampak. 

Ini adalah skill mereka bersembunyi dari askar US sewaktu perang dulu dan terbawa ke Malaysia.


Karate Anjing
Beliau pernah menyaksikan... orang Vietnam karate anjing besar dengan tangan kosong. Boleh dikatakan, hampir setiap hari pekerja Vietnam dimarahi pemandu bas kilang sebab sering membawa bangkai anjing ke dalam bas.

Mungkin disebabkan sukar mencari makanan waktu perang, maka ada kumpulan Vietnam yang biasa memburu haiwan liar dengan tangan kosong.



Kesimpulan

Demikianlah perkongsian beliau pasal orang Vietnam era 80-90an. Namun begitu, tak semua pekerja Vietnam makan anjing. Pekerja yang beragama Budha dan Kristian kebanyakannya tak makan anjing.

Beliau juga memberitahu perbezaan kumpulan yang makan dan tak makan 



anjing boleh dibezakan secara ketara melalui cara pemikiran. Kumpulan makan anjing, agak lembab pemikiran, manakala yang satu lagi lebih cerdas.

Disebabkan itu, geng tak makan anjing dilantik jadi ketua kumpulan.

Oh! Yang bercerita itu adalah pemandu grab. Dia baru pencen tahun lepas selepas lebih 35 tahun bertugas.

Sengaja aku letak gambar Rambo sebab dikatakan, segala skill Rambo dalam filem sebenarnya adalah skill2 yang biasa ada pada orang Vietnam sewaktu perang US Vietnam dulu.





Suami ada cancer tetapi isteri cakap, "Ngada-ngada...."

Kawanku baru sahaja meninggal dunia akibat kanser.

Dia tidak pernah memberitahu isterinya tentang penyakitnya. Setiap kali dia ingin bercerita, isterinya akan berkata, "Ngada-ngada."

Wahai isteri, suamimu bukanlah robot yang sentiasa kuat dan sihat. Kamu selalu meminta arwah mengurut kakimu, tetapi kamu tidak pernah mengurut kakinya.

Kawan-kawan pernah bergurau, menyuruh dia pergi ke pusat urut. Dia hanya berkata, "Tak nak lah... Aku pakai kerusi urut di pusat beli-belah pun dah lega dah."

Isterinya seorang suri rumah, manakala arwah pemilik bengkel kereta. Kerjanya berat, tetapi isterinya tidak pernah bertanya tentang kepenatan suaminya.

Jika untuk meminta urutan pun tidak dilayan, apatah lagi untuk mengambil tahu tentang kanser suaminya.

Semoga arwah tenang di sana.

Takziah. 😢

Anonymous

Mengapa aku anonymous untuk buku2 terbaru?

Sebab aku tak suka dipuji ataupun dikutuk.

Jika dipuji, pesaing iri hati.
Jika dikutuk, aku sakit hati.

Biarlah aku baling batu sembunyi tangan, asalkan aku bebas baling batu sepuas hatiku. This is WAR!


Buku syarikat sendiri dijual di US dan Eropah secara fizikal.

Pagi ni dapat berita gembira, buku2 ku dicetak dan dijual secara fizikal di sekitar US dan Eropah. Terkejut tengok graph sales.

Sebelum ni, buat projek orang. Tetapi ini pertama kali dari syarikat sendiri. Hasil berguru dengan penulis2 hebat. Allahuakbar!

Break personal record seronok sorang2.

Jeles la dengan orang yang ada sparring partner di GYM. Ada tukang pegang kamera.

Aku break personal record pun seronok sorang2. Huhuhu

Baca tulisan yang tak bertulis.

Apabila kita mampu baca tulisan yang tak bertulis.

Kita dah unlock keupayaan membaca sepanjang masa. Orang yang membaca adalah orang yang berjaya.

Barang rosak sebab deadlift


Pagi tadi buat simulasi deadlift guna elastic band anggaran 240lbs. Tak berat, tetapi ini je pilihan yang ada di rumah.

2 pemegang ni hancur sebab x mampu menahan bebanan. Satu pecah, satu lagi kain koyak.

Terpaksa beli rubber band jenis lain. Jenis ni tak syok main berat2. Aih... rindu nak main gym.


Too weird to tell

Terlibat beberapa projek Hollywood, Kerajaan luar, CN dan Netflix, tetapi takda satu pun aku share pada orang. Sebab ia too good to tell.


Begitu juga kisah2 pengembaraan ghaib aku. Too weird to tell.

Inilah penyebab kenapa aku sangat pendiam di alam nyata.


Doppelganger aku

Apabila aku menyendiri, aku akan bercakap dengan doppelganger aku.

Ada cakap, doppelganger itu dari parallel universe. Ada juga kata doppelganger itu Qarin. Biasanya 2-2 ni jahat. Aku puna versi tak, ia sangat baik dan kuat! Ini bukan tahyul. Aku pernah rakam aksinya. Sai-fai is real. Hahahaha

Naruto tolong Baki


Terima kasih kepada Naruto Uzumaki sebab buatkan subtittle anime Baki. 

Fun Fact, pelukis komik BAKI, Keisuke Itagaki adalah ayah kepada 
Paru Itagaki, pelukis manga Beastar. Kedua-dua anak beranak ini menjadi fenomena di Netflix.


Kagum.

Bergusti dengan bunian

Pernah aku masuk ke alam bunian. Terserempak dengan lelaki berbadan sado seperti Arnold Schwarzenegger zaman mudanya.

Bunian sado itu ajak aku bergusti dan kami pun bergusti beberapa pusingan. Alhamdulillah, aku menang. Bunian itu tak puas hati tetapi tidak sampai berdendam. Dia akur dengan kekalahannya.

Pertarungan kami disaksikan bunian perempuan yang cantik jelita. Disebabkan aku menang, dia seolah-olah mahu berkawan denganku. Tetapi, melihatkan body-nya yang seksi, aku jadi takut nak dekat dengan perempuan itu. Aku pun melarikan diri.

Aku berlari dengan mudah dan akhirnya aku kembali ke dunia manusia.

Nilai diri sendiri guna social media.

 Antara cara nak nilai diri sendiri.

Cuba buat fake profile dan tengok panjang mana tanduk setan kita akan tumbuh. He he he...
👹

Guna nama palsu untuk elak disihir

Antara Tips elak disihir, jangan cerita kejayaan diri pada umum.

Kalau nak cerita juga, buat la fake akaun ataupun guna nama pena. Inilah yang dilakukan oleh Allahyarham P Ramlee. Orang sihir dia tak jadi2 sebab sebenarnya P Ramlee bukan nama betul. Allah bantu.

Ditembak laser putih.

Dari malam tadi ada sesuatu yang perhatikan aku di bilik kerja. Kadang2 ada cahaya... kadang2 bunyi orang bergerak... kadang2 bayangan orang.


Pagi ini, terpancar cahaya laser dan tembak dadaku. Tak pasal2 dada aku mengembang. Tak sakit. Rasa seperti mengembang nak jadi hulk.

Ini bukan metafora, ia benar2 terjadi. Sekadar merekod situasi.

Takda gaji tetapi bayar gaji

Walaupun aku takda gaji tetap, tetapi aku tetap kena bayar gaji orang.

Orang tak peduli samada aku ada  duit nak makan ataupun tak. Tetapi orang peduli samada aku ada duit nak bagi mereka makan ataupun tak.


Ukay Perdana dan perkampungan jin

Kawasan Ukay Perdana memang banyak 'penghuni'. First time aku masuk rumah, dah nampak betapa meriahnya di sini.


Dah macam pasar.

Walaupun dah 9 tahun di sini, 'mereka' masih hidup bahagia.

Tu yang kadang2 aku pos benda2 pelik di sini ( kemudian delete ). Hahahaha