Suami ada cancer tetapi isteri cakap, "Ngada-ngada...."

Kawanku baru sahaja meninggal dunia akibat kanser.

Dia tidak pernah memberitahu isterinya tentang penyakitnya. Setiap kali dia ingin bercerita, isterinya akan berkata, "Ngada-ngada."

Wahai isteri, suamimu bukanlah robot yang sentiasa kuat dan sihat. Kamu selalu meminta arwah mengurut kakimu, tetapi kamu tidak pernah mengurut kakinya.

Kawan-kawan pernah bergurau, menyuruh dia pergi ke pusat urut. Dia hanya berkata, "Tak nak lah... Aku pakai kerusi urut di pusat beli-belah pun dah lega dah."

Isterinya seorang suri rumah, manakala arwah pemilik bengkel kereta. Kerjanya berat, tetapi isterinya tidak pernah bertanya tentang kepenatan suaminya.

Jika untuk meminta urutan pun tidak dilayan, apatah lagi untuk mengambil tahu tentang kanser suaminya.

Semoga arwah tenang di sana.

Takziah. 😢

No comments:

Post a Comment