Orang Vietnam Karate Kepala Anjing

Petang tadi berbual dengan bekas bos kilang era 80-90an. Dia bercerita pasal skill luar biasa orang Vietnam yang pernah bekerja di kilangnya.




Tidur Halimunan.
Disebabkan tahun 80-an negara mereka baru berperang dengan US. Antara skill survivor yang mereka kuasai adalah bersembunyi tanpa jejak. Sewaktu dia buat spot check di asrama pekerja jam 3 pagi... dia terkejut, asrama kosong. 

Rupa2nya pekerja Vietnam tidur di kawasan2 tersorok seperti bawah meja, katil dan mana2 bahagian yang orang susah nampak. 

Ini adalah skill mereka bersembunyi dari askar US sewaktu perang dulu dan terbawa ke Malaysia.


Karate Anjing
Beliau pernah menyaksikan... orang Vietnam karate anjing besar dengan tangan kosong. Boleh dikatakan, hampir setiap hari pekerja Vietnam dimarahi pemandu bas kilang sebab sering membawa bangkai anjing ke dalam bas.

Mungkin disebabkan sukar mencari makanan waktu perang, maka ada kumpulan Vietnam yang biasa memburu haiwan liar dengan tangan kosong.



Kesimpulan

Demikianlah perkongsian beliau pasal orang Vietnam era 80-90an. Namun begitu, tak semua pekerja Vietnam makan anjing. Pekerja yang beragama Budha dan Kristian kebanyakannya tak makan anjing.

Beliau juga memberitahu perbezaan kumpulan yang makan dan tak makan 



anjing boleh dibezakan secara ketara melalui cara pemikiran. Kumpulan makan anjing, agak lembab pemikiran, manakala yang satu lagi lebih cerdas.

Disebabkan itu, geng tak makan anjing dilantik jadi ketua kumpulan.

Oh! Yang bercerita itu adalah pemandu grab. Dia baru pencen tahun lepas selepas lebih 35 tahun bertugas.

Sengaja aku letak gambar Rambo sebab dikatakan, segala skill Rambo dalam filem sebenarnya adalah skill2 yang biasa ada pada orang Vietnam sewaktu perang US Vietnam dulu.





No comments:

Post a Comment