Tak dapat BPN

Hari ni adalah hari ke 53 seluruh rakyat Malaysia berkurung. Tak boleh ke luar rumah dan bekerja. Ramai yang gelisah sebab kehilangan punca pendapatan. Tak tahu nak bagi anak bini makan apa sebab duit habis dalam simpanan.

Bantuan kerajaan BPN adalah 'tongkat' yang diharapkan ramai orang ketika ini. Namun...

... ramai yang merintih di FB sebab tak dapat BPN.

Aku sama seperti majoriti yang permohonannya ditolak. Iaitu sebab ada nama di SSM. Sepatutnya aku pun patut turut merintih pasal ni.

dah la bulan ni aku banyak buat extra payment...

- Insuran kereta
- Renew SSM
- Renew Domain
- Pindah domain
- Kereta breakdown
- Pengajian kelas online
- Road tax

Takda gaji tetap pula tu. Hahahaha!

Pada aku, sebagai ahli SSM, mereka dah terlatih bertindak agresif dan kreatif untuk mencipta pendapatan sendiri. Golongan ni bukan kumpulan yang biasa berharap duit jatuh dari langit.

Aku doakan, rakan2 freelance dan peniaga yang ada SSM, terus dimurahkan rezeki dan jalan terus. Jangan buang masa merintih di media sosial.

Kita ada kumpulan survival!

No comments:

Post a Comment