Pengorbanan masa seorang Tok Imam

Tok Imam di sini mengeluh, terpaksa ulang alik dari rumah ke sekolah anak sekurang-kurangnya 12 kali sehari. Tidak termasuk urusan kelas tambahan dan ko-kurikulum.

Aku boleh relate dengan Tok Imam sebab anak dia dan aku sama banyak, iaitu 3 orang. Bezanya, anak dia semua sedang bersekolah, manakala anak aku baru seorang bersekolah.

Aku yang baru seorang anak bersekolah dah kalang kabut, bagaimanalah situasi aku apabila ketiga-tiga anak sekolah serentak nanti.

Masa yang ada sekarang pun memaksa aku minum bercawan kopi untuk buat kerja di malam hari. Bagaimanalah 2-3 tahun akan datang? Pasti ber jug2 minum kopi demi melawan keletihan setelah seharian mengurus anak2.

No comments:

Post a Comment