Kedah vs Perak

Semalam saya sengaja sokong Perak sebab isteri orang Kedah. Barulah seronok tonton sebab ada perbezaan. Namun, disebabkan semalam banyak adengan jatuh dan tiada aksi menarik, saya pun tertidur. Isteri pula tonton sampai habis.

Pagi ini, muka isteri kelihatan muram. Saya jangka Kedah kalah. Saya pun ambil kesempatan mengutuk mutu permainan Kedah malam tadi tanpa mengetahui keputusan sebenar.

Selepas habis saya kutuk. Isteri dengan muka konfiden pun tunjuk result melalui handphone. La... Kedah menang rupanya. Seronok betul dia tengok saya tersilap meneka.

No comments:

Post a Comment