Pages

Wednesday, July 30, 2014

Sembah duit ataupun Tuhan?

Ramai yang canang di facebook meraka solat sunat Dhuha kerana mahu murah rezeki. Bagus, minta rezeki pada Tuhan, dan Tuhan amat sukakan orang yang meminta kepada-Nya. Namun, menghebahkan amalan kebaikan dibimbangi akan mencacatkan pahala amalan kita. Lebih malang kalau ada perasaan ujub.

Namun, sekiranya ia diniatkan untuk memanjangkan berita baik dari Tuhan. Ia satu perkara yang amat mulia.

Perkara lain lebih penting, solatlah kerana kita sayang pada Tuhan. Rindu mahu menyembah Tuhan. Tuhan sukakan orang yang solat sunat Dhuha kerana waktu pagi adalah waktu manusia sudah mula sibuk dengan urusan dunia. Sekiranya kita boleh luangkan masa menyembah Tuhan pada waktu itu, pastilah Tuhan akan sayangkan kita. Itu adalah ibadah yang dicintai Tuhan dan para rasul.

Tidak salah solat Dhuha kerana mahu murah rezeki. Itu adalah salah satu cara untuk ikhlas dalam beribadah. Beribadah kerana mahukan balasan yang dijanjikan Tuhan, ataupun takut dengan ancaman Tuhan, ataupun mahu mendapat rahmat Tuhan, itu adalah salah satu cabang ikhlas dalam beribadah. As long kita bukan sembahyang supaya mahu dilihat ataupun dipuji orang.